Percutian free and easy di Pulau Langkawi trip 2017

Percutian free and easy di Pulau Langkawi trip 2017

Baru-baru ini pada tarikh 9 Mac hingga 11 Mac 2017 saya bersama ahli keluarga bercuti di Pulau Langkawi. 

Konsep percutian kali ini, free and easy memandangkan kami pernah ke Pulau Langkawi pada tahun 2012.

Semasa tahun 2012, ada beberapa kawasan tourist attraction kami dah  pergi, 
jadi kali ini free and easy sajalah.

Lagipun trip ni trip singkat. 
Tak sampai 36 jam pun di Langkawi.

Insya Allah saya ceritakan tentang trip kami secara ringkas saja ya.

bercuti di Langkawi
Pantai Chenang



Tiket flight KUL-LGK, LGK-KUL

Tiket Airasia saya survey lebih kurang 2 minggu awal dari tarikh berlepas.
Alhamdulillah dapat tiket murah dengan harga hanya RM39 seorang dari KUL,
dan RM59 seorang dari LGK.

Kemudian saya tengok harga tiket sekali lagi untuk tolong buat tempahan untuk abang dan kakak ipar.

Masa ni harga dah naik jadi RM59 seorang dari KUL dan RM59 dari LGK. 

Jadi pengajarannya belilah tiket penerbangan lebih awal supaya berpeluang dapatkan harga tiket yang lebih jimat. Huk huk.

Tiba-tiba sehari sebelum berlepas suami beritahu tak dapat join saya naik kapal terbang  sekali
kerana beliau ada meeting penting dengan dekan pada waktu tersebut.

Makanya saya sekali lagi bookkan tiket lain untuk suami. 

Saya survey di Skyscanner harga paling murah RM79 dari Malindo, harga kedua murah dari MAS RM130. 

Malindo murah tapi timing pulak tak ok. 
Jadinya saya book tiket MAS sebab AirAsia lagi mahal pada waktu itu (RM170). 





Penginapan

Malam pertama saya tempah Baron Waterfront Hotel melalui Agoda. 
Harga untuk satu bilik lebih kurang RM60. 

Malam kedua pula di Langkapuri Inn. Langkapuri Inn book melalui walk in. 

Saya ada buat review tentang kedua-dua tempat penginapan di entry ini Review Baron Waterfront Hotel dan Review Langkapuri Inn .



Sewa Kereta


Sewa kereta di Langkawi sangat mudah.
 Boleh book secara online atau tempah terus setelah tiba di Airport Langkawi. 

Ada kaunter yang sediakan perkhidmatan ini. 

Saya book Toyota Innova sebab muat untuk 8 orang. 

Yang paling penting seat paling belakang tu selesa.

 Alhamdulillah saya puas hati dengan toyota Innova sebab tak sempit di seat paling belakang (duduk 3 orang). 

Sewa untuk tiga hari dua malam ( lebih kurang 30 jam) RM240. Deposit RM50.

 Nanti masa nak pulangkan kereta dia akan pulangkan balik deposit tu.

Itinerary percutian di Langkawi 3 hari dua malam

Hari Pertama

Oleh kerana kami sampai Langkawi dah malam sangat, tak banyak pun
akiviti yang kami boleh buat.

Sampai-sampai saja, terus cari makan dulu.

Lapar weh. Nasib baik tak jauh dari airport ada satu restoran
yang menjual tomyam. Makan tak ingat waktu ni. Hahaha.

Ok then, lepas kenyang, teruskan perjalanan ke Hotel Baron Waterfront
yang saya dah book di Agoda



Hari kedua

Sarapan nasi lemak di gerai tepi Baron Waterfront Hotel. Jalan kaki saja,
betul-betul dekat dengan hotel.


Kemudian, kami jalan-jalan tengok De Baron Resort melihat pemandangan indah
yang terbentang di hadapan hotel De Baron Resort.

Sangat cantik, dengan pemandangan kapal layar dan laut membiru. 

Dalam tengahari sikit, kami pusing-pusing pekan Kuah, Kampung Padang Matsirat dan Kampung Ulu Kenyum.

Di Kampung Padang Matsirat dan Kampung Ulu Kenyum
kita boleh tengok pemandangan sawah padi dan suasana kampung yang mendamaikan. 

Nampak tenang saja kehidupan di sini.
Syoknya kalau ada satu rumah rehat private kat sini (haha berangan!)
Dari sini juga kita boleh nampak Gunung tertinggi di Langkawi iaitu Gunung Raya.

Dah pusing-pusing pekan dan kawasan kampung,
kami singgah makan di Laksa Ikan Sekoq di tepi airport Langkawi.

Senang sangat nak cari. Lokasinya di tepi pantai tak jauh dari airport Langkawi.

Ada saya tulis entry tentang ini di Laksa Ikan Sekoq Airport Langkawi.

Tiba masanya kami cari penginapan pula.

Sambil cari tu, kami jalan-jalan sekitar Pantai Cenang.

Alhamdulillah, kami jumpa hotel yang ada bilik kosong iaitu Langkapuri Inn

Kami check in bilik di Langkapuri Inn dan duduk di bilik sampai petang.

Rehat dulu sejam dua.

Petang  tu pulak, saya dan adik  jalan-jalan tepi pantai.
Makan di KFC dan beli TeaLive

Waktu malam kami jalan-jalan di kedai-kedai  yang ada di sekitar Pantai Cenang.
Kami makan malam char koay tiaw food truck.

Tak susah cari makanan di Pantai Cenang.
Banyak kedai makan dan foodtruck di sini.


Hari ketiga

Sarapan pagi di Langkapuri Inn. Penginapan menyediakan sekali
sarapan pagi untuk pengunjung.

Lepas sarapan pagi, kami shopping di HIG Mall pula.
Entry ada saya tulis di sini Membeli belah di Kompleks Haji Ismail Group

Kemudian kami ronda-ronda di sekitar Langkawi
dan singgah di Telaga Harbor Marina.


Sebelum bertolak balik naik flight,

Singgah sekali lagi di kawasan foodtruck tepi airport makan laksa ikan sekoq


Kawasan tarikan pelancong/ tempat menarik di Langkawi yang kami tak pergi

Skycab Langkawi (kereta kabel)- dah pernah pergi tahun 2012. Ada entry yang saya tulis di  Kereta Kabel Langkawi

Pantai Pasir Hitam
- dah pernah pergi tahun 2012

Pantai Tanjung Rhu- dah pernah pergi 2012.
Entry ada saya tulis di Indahnya Pantai Tanjung Rhu

Oriental Village - dah pernah pergi tahun 2012

Island Hopping - tak pergi sebab tak cukup masa

Magrove Tour -tak pergi sebab tak cukup masa

Dataran Lang- dah pernah pergi tahun 2012

Nasi Dagang Pak Malau - tak pergi sebab dah kenyang sarapan di Langkapuri Inn.
Hanya lalu saja di kawasan ini. Gerainya memang berada di kawasan yang cantik, latar belakang sawah padi

Makam Mahsuri- tak singgah sebab masa kecil pernah datang

Beras Terbakar Padang Matsirat - tak singgah jugak sebab tempat ni sekali dengan Makam Mahsuri. Masa kecil-kecil dulu dah pernah singgah

Taman Buaya - tak singgah sebab tak cukup masa. Lagipun dah selalu tengok buaya di Zoo Negara. Hahaha!

Pulau Payar - tak singgah sebab tak berminat nak pergi

Langkawi Canopy Adventure -tak singgah sebab tak berminat nak pergi

Skydive Langkawi - tak buat sebab tak berminat

Bird Paradise Wildlife Park - tak singgah sebab tak berminat

Underwater World - tak pergi sebab dah pernah pergi Aquaria KLCC. Rasa macam bosan pulak kalau pergi sini. Haha!

Tasik Dayang Bunting -dah pergi tahun 2012
dan beberapa lagi tempat yang saya tak senaraikan di sini.

Apapun bagi sesiapa yang berminat nak pergi ke tempat-tempat yang kami tak pergi tu, silakanlah.

Minat setiap orang kan berbeza-beza. Lagipun setiap tempat tarikan pelancong ni ada keunikannya masing-masing. 

Mencari hotel di sekitar Langkawi? Klik link ini >>Hotel di Langkawi<<

atau anda ingin menginap di homestay di Langkawi? Klik sini untuk maklumat Inap Desa Langkawi (IDUL Homestay) >>IDUL Homestay Langkawi<<



No comments:

Powered by Blogger.