Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Wednesday, 24 March 2021

Pengalaman menginap di Akar Beach Resort Port Dickson

 Pengalaman menginap di Akar Beach Resort Port Dickson


Lamanya dah tak menulis blog. Sejak musim PKP ni takde mood dah nak menulis walaupun banyak je bahan untuk dikongsikan. Saya nak kongsi pengalaman menginap di Akar Beach Resort Port Dickson. Salah sebuah hotel yang dah lama masuk dalam list untuk kami sekeluarga bercuti tapi tak pergi pergi juga. Balik balik Klana Beach Resort. Alhamdulillah tahun lepas sewaktu rentas negeri dibenrkan, kami berkesempatan juga menginap di sini.



Akar Beach Resort terletak di Si Rusa Port Dickson. Nak pergi ke hotel ni dari jalan besar, kena masuk dalam lagi . Yang bestnya ia terletak di tepi pantai. Rupa bentuk macam banglo besar. Saya jangka tapak hotel ini sebenarnya banglo kalau tengok pada persekitarannya kawasan tanah lot. Kiri dan kanannya ada banyak rumah banglo design lama. Ada yang berpenghuni ada yang telah kosong ditinggalkan.








Saya book bilik superior yang mempunyai 2 katil single. Biliknya not bad. Semua kelengkapan basic disediakan termasuk amenities dalam bilik air.  Tapi saya memang tak expect yang hebat hebat la sebab memang dah tahu hotel ni hotel lama. Agak usang.. tapi masih boleh diterima. Still selesa untuk tidur. Insha Allah orang yang tak cerewet ok je dengan hotel ni. Lagipun harganya berpatutan la. 

Spacious, dan ada balkoni yang boleh nampak pantai. Koridor depan bilik pun boleh nampak pantai. Setahu saya setiap hujung minggu dan cuti sekolah hotel ni full booked. Mungkin sebab kedudukannya berhampiran pantai dan ada swimming pool yang sesuai untuk kanak kanak. Mak ayah bolehlah bawak anak masing masing berendam puas puas. 









Pantai berhadapan hotel pada saya tidak berapa bersih. Nak mandi manda boleh je cuma maybe rasa tak selesa sikit. Pasir pantai dia pun tak best macam pasir pantai di Teluk Kemang.  Tapi macam saya cakapla kalau anda seorang yang cerewet pantai di sini tak sesuai untuk anda, ahaha. Kalau tak kisah, pejam mata je. 






Apa yang saya suka tentang hotel ini ialah pagi pagi dan tengah malam kalau suasana sunyi boleh dengar bunyi ombak kuat menghempas pantai.  Breakfast pula standard macam hotel bajet lain. Tak banyak pilihan tapi tetap mengenyangkan.

Overall saya bagi rate 3/5. Semua ok cuma yang tak best sikit ialah parking space dia limited dan sempit. Nak cari makan agak mudah. Berhadapan simpang jalan masuk ke hotel ada banyak kawasan kedai makan. Pendek kata, hotel ni sesuai untuk keluarga yang ada anak ramai since bilik dia pun besar. Tips dia, kalau anak ramai ambik bilik superior jangan ambik bilik standard. Pemandangan bilik superior pun better dari standard. Ok itu saja review saya tentang hotel ini. 

No comments:

Post a comment