Menikmati laksa ikan sekoq tepi airport Langkawi

Menikmati laksa ikan sekoq tepi airport Langkawi.   Lokasinya memang betul-betul dekat dengan Airport Langkawi, bersebelahan lapangan untuk kapal terbang take off dan landing, memudahkan para pengunjung dan pelancong singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan menuju ke destinasi masing-masing.




Laksa ikan sekoq. Suami dan abah saya cakap sedap. Siap tambah lagi!

Laksa ikan sekoq ni dijual menggunakan food truck saja, dan meja serta kerusi untuk pelanggan diletak di atas pasir pantai dan disusun atur di bawah pokok. Kalau pergi time tengahari memang panas, tapi disebabkan kerusi meja mereka letak bawah pokok, jadi tak terasa sangat panasnya tu. Hmm, sebenarnya saya tak pasti pun mana satu gerai yang betul-betul  hangat diperkatakan orang di media sosial sebab banyak food truck di kawasan ini.  Kalau buat carian di google, cariannya mencecah puluh-puluh ribu. Yang kami tahu, masa kami sampai tu, ini food truck yang pertama kami nampak. Terus berhentikan kereta, parking elok-elok dan cari tempat duduk.

Laksa ikan sekoq ni sedap. Abah saya siap tambah 1 mangkuk lagi. Saya tak order, tapi rasa sikit orang lain punya. Memang syok. Sambil makan sambil tengok pemandangan indah air laut yang membiru.

Selain laksa, ada beberapa menu lain. Pasembur, meehun sup, udang celup tepung, ketam celup tepung dan lain-lain. Saya order pasembur. Sedap jugak, dan sedikit pedas. 



Meehun sup

Pasembur yang sedap



Dah siap makan kami jalan-jalan tengok pantai . Masya Allah cantik sangat pantai di Langkawi ni, pasirnya putih gebu. Air lautnya warna  biru kehijauan. Patutlah Langkawi terkenal dengan keindahan pantai dan lautnya.


Pemandangan yang dapat dilihat di gerai laksa ikan sekoq


Kalau anda datang ke Langkawi, jangan lupa singgah gerai-gerai yang terletak di tepi airport Langkawi. Selain gerai laksa, ada gerai lain yang jual nasi ayam, chicken chop, mee rebus juga. Hari terakhir di Langkawi, kami datang sekali lagi ke lokasi ini tetapi makan di gerai lain pula. Saja nak rasa menu lain pula. Kami  makan di gerai yang jual nasi ayam. Alhamdulillah sedap juga menu yang diorang sediakan.. Cuma bila nak parking di kawasan ini terletak di corner. Pada pendapat saya, agak bahaya memandangkan bila nak keluar dari parking kita tak nampak kereta yang datang. Dahlah laju-laju belaka kereta kat sini.
Previous
Next Post »