Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 14 March 2017

Indahnya Pantai Tanjung Rhu Langkawi

Pantai Tanjung Rhu terletak di Pantai Pasir Hitam, Langkawi.

Ia merupakan salah satu pantai yang tercantik di Langkawi.

Saya pernah datang ke Pantai Tanjung Rhu pada tahun 2012.

Pertama kali menjejakkan kaki di Tanjung Rhu,

sungguh saya terpegun. Masya Allah.

Cantiknya ciptaan yang Maha Esa.

Pasirnya gebu, putih nan halus.

Air lautnya biru kehijau-hijauan.

Terdapat beberapa buah pulau batu kapur seketul seketul di tengah laut di sekitarnya
(tak tau nak describe sebagai apa, wakaka)



Terletak lebih kurang 9.5 km dari Kuah

yang mengambil masa 25 hingga 30 minit perjalanan dari Kuah,

dan 30 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. 

Tenang dan damai sekali perasaan bila berada di sini.

Dinamakan Tanjung Rhu

kerana banyak pokok rhu

atau nama lainnya pokok casuarina di sekitar kawasan ini.

Ada beberapa resort di sini,

antaranya Tanjung Rhu Resort dan Four Seasons.  



Pantai ini sebahagiannya merupakan private beach kepada resort berdekatan,

yang dibuka kepada orang awam dari jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja.

Kalau nak tengok matahari terbenam di sini

memang tak dapatlah kecuali anda menginap di resort mewah ini.



Dari carian saya di booking.com,

ada juga motel dan guesthouse

berhampiran Tanjung Rhu yang menawarkan harga bajet.



sumber: langkawi-info.com




sumber: agoda.com


Trip Langkawi 2012, bersama emak.



Tanjung Rhu tidaklah sesibuk Pantai Cenang.

Sesiapa yang ingin lari dari kesibukan, hirup pikuk serta bau asap kenderaan,

Tanjung Rhulah tempat yang sesuai untuk anda. 


sumber : www.maps-of-langkawi.com



Kalau tengok map di atas,

Tanjung Rhu terletak nun di hujung timur laut Pulau Langkawi.

Jadi kalau datang ke Langkawi nak ronda-ronda tempat-tempat best

seperti Tanjung Rhu memang kena ambik masa lebih sikitlah.

Trip Langkawi 2017 kami memang tak dapat ke Tanjung Rhu disebabkan kesuntukan masa. 

Mudah-mudahan satu hari nanti

dapat repeat lagi ke Pantai Tanjung Rhu, menatap keindahan ciptaan Ilahi.

Sungguh saya sudah ketagih nak travelling lagi. Tolooooong :) :D



No comments:

Post a Comment