Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 14 January 2019

Tengok kapal terbang berlepas di Randezvous Point KLIA2

Balik dari Bagan Lalang, saya ajak suami tengok kapal terbang berlepas dan mendarat. Sebenarnya masa on the way nak ke Bagan Lalang dah nampak dah kapal terbang terbang rendah, dalam mode nak mendarat.



Memang nampak jelas sangat kapal terbang yang lalu lalang. Operasi menggoogle lokasi sebenar pun bermula. Maka saya pun terjumpa maklumat tentang lokasi yang sesuai untuk melihat kapal terbang berlepas atau mendarat.

Cara-caranya

1. Pergi ke arah KLIA 2 dan pergi ke arah Tune Hotel.

2, Masuk simpang yang menuju ke Tune Hotel. Jangan masuk simpang ke balai ketibaan. Mesti masuk simpang nak pergi ke Tune Hotel! Kalau dah terlajak, kena pusing balik. Kami terlajak juga, terpaksa pusing sekali lagi.


3. Sampai Tune Hotel, belok kanan.

4.  Jalan terus....akan jumpa simpang tiga, dan akan nampak signboard tulis Jalan Pekeliling dan Randezvous Point 3.

5. Belok kiri.

6. Jalan terus lagi sampai nampak jelas kawasan yang boleh nampak kapal terbang berlepas.

7. Nak tahu dah sampai kawasan yang betul atau tak, sebelah kanan ada kebun kelapa sawit. Sebelah kiri ada lapangan kapal terbang nak berlepas dan mendarat.

8.  Kawasan berlepas dan mendarat tak sama (mana boleh sama. Kalau sama habislah bertembung).

9. Kawasan mendarat jauh ke depan lagi. Kena jalan terus lagi sampai hujung.

Disebabkan kawasan kapal terbang mendarat jauh sangat. Kami berhenti tengok kapal terbang berlepas jelah.



Cuaca cerah


Kat sini hanya ada kapal terbang Air Asia, Kapal terbang Air Asia kecil saja. Kalau nak best lagi, pergi ke kawasan KLIA. Haa tu kapal terbang dia besar-besar macam gergasi.




Riuh rendah kami bila nampak kapal terbang tengah nak take off. Hahaha. Punyalah jakun.

Memang pemandangan yang cun sangat bila kapal terbang lalu betul-betul atas kepala kami.


No comments:

Post a Comment