Pemandangan Indah Telaga Harbour Marina, Pantai Kok Langkawi

Pemandangan Indah Telaga Harbour Marina. Satu lagi spot menarik di Langkawi, iaitu Telaga Harbour Marina yang terletak di Pantai Kok, Langkawi. Ia asalnya merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan suram, kemudian LADA (Langkawi Development Authority) menaikkan tarafnya menjadi sebuah pelabuhan kapal layar. Selain itu, kawasan disekitarnya dijenamakan semula dengan nama Perdana Quay yang menempatkan restoran-restoran dan apartment mewah menjadikan tempat ini kelihatan mewah dan ekslusif. Jadi sekiranya anda nak tengok Telaga Harbour Marina dari dekat, ada dua kawasan yang sesuai iaitu Perdana Quay dan Petronas Quay (stesyen minyak).






Kami sempat singgah sekejap di Perdana Quay mencuci mata melihat pemandangan indah di sini. Air lautnya biru kehijauan seperti warna firus. Kemudian kami ke Petronas Quay yang terletak di kawasan selatan  Telaga Harbour Marina untuk mengisi minyak kereta.

sumber:langkawi-insight.com




 Pemandangan Telaga Harbour Marina dari  Perdana Quay








Apartment mewah di Perdana Quay


Pemandangan yang dapat dilihat dari Petronas Quay










Dari Petronas Quay, sayup di kejauhan boleh nampak gunung Machincang dan Langkawi Skycab (kereta kabel).

Perjalanan ke Telaga Harbour Marina mengambil masa 30 minit dari Kuah dan 15 minit dari Lapangan Terbang Langkawi.

Telaga Harbour Marina ini juga merupakan tempat pelancong menaiki ferry untuk ke Koh Lipe, Thailand sejauh 30 km dan mengambil masa perjalanan selama 60 minit. 

Jadi, kalau dah sampai ke Langkawi, jangan lupa singgah ke Telaga Harbour Marina ye :)

Previous
Next Post »