Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 19 March 2017

Membeli belah di Kompleks Haji Ismail Group Mall Langkawi

Membeli belah di Kompleks Haji Ismail Group Mall Langkawi.

Inilah dia Kompleks Haji Ismail Group Mall yang selalu diperkatakan orang.

Alang-alang dah sampai Langkawi, why not singgah sekejap.

Haji Ismail Group Mall sebenarnya ada lima cawangan

di seluruh Pulau Langkawi.


Bilamana perniagaan mereka bertambah maju,

sebuah mall dibina bersekali dengan Hotel Haji Ismail Group.

Hebat perniagaan orang kita, dari perniagaan kecil-kecilan,

berasaskan perniagaan keluarga menjadi maju

sampai dah ada mall dan hotel dari syarikat sendiri.


Dengar khabar, mereka antara pengimport utama pinggan mangkuk,

coklat, produk keperluan rumah, bagasi yang selalu diborong orang di Langkawi.


Kami singgah ke HIG Mall ni

dan sempat beli coklat beberapa kotak.

Emak beli cadar dan baju kaftan. 

Coklat-coklat yang dijual di sini disahkan halal

oleh pertubuhan Islam (macam JAKIM) dari negara-negara pengeksport.


Besar jugak HIG Mall ni. Parking banyak.

Ada parking di sekitar HIG (open air) dan parking bawah tanah.

HIG Mall ada dua level.


Tingkat satu ada coklat, cadar, periuk, pinggan mangkuk, luggage.

Tingkat dua ada cadar, tuala, bedsheet dan lain-lain.

Kalau nak borong untuk berniaga boleh,

belian runcit pun boleh. kalau datang sini,

tengok bahagian coklat-coklat tu, rambang mata dibuatnya, haha.

Siapa yang dah sampai ke HIG Mall tiba-tiba tanpa sedar terbeli banyak pulak,

lepastu risau macam mana nak bawak naik kapal terbang,

 jangan risau banyak luggage dijual di sini, hihi.







Mencari hotel di sekitar Langkawi? Klik link ini >>Hotel dan penginapan di Langkawi<<



No comments:

Post a Comment