Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 21 March 2017

Kenangan travel ke Beijing semasa musim sejuk

Kenangan travel ke Beijing semasa musim sejuk.

Saya dan keluarga direzekikan ke Beijing beberapa tahun yang lalu.

Kami ke sana pada musim sejuk iaitu pada bulan Disember tahun 2008. 

Pada waktu itu suhu di Beijing di antara 1°C hingga -3 °C. 

Memang sejuk sangat tak tau nak describe. 

Walaubagaimanapun, suhu sejuk ini tidak menghasilkan salji. 

Sememangnya Beijing merupakan salah satu kawasan 
yang mempunyai musim sejuk tanpa salji . 
Kalau ada pun, nipis dan ia jarang berlaku. 

Saya teringin ke Beijing dah lama dan impian memang nak tengok Great Wall 
secara lebih dekat. 

Alhamdulillah dimakbulkan Allah impian ini. 
Lagi bila tengok drama Ai Di Beijing (lakonan Dynas Mokhtar dan Rusdi Ramli) 
lagilah rasa teringin sangat nak ke sana. 

Saya sebenarnya tak berapa ingat jalan cerita travel kami ke Beijing 
kerana telah lama berlalu. 

Gambar-gambar pun banyak dah hilang sebab semua koleksi gambar Beijing ada dalam kamera digital saya yang dah rosak, dengan memory card sekali rosak.  

Sedih huhu. 

Tapi takpelah mana yang saya boleh kongsi, saya kongsikan di sini.




Pergi dengan travel agency

Kami ke sana dengan travel agency. 

Jadi ke mana-mana destinasi di sekitar Beijing kami pergi dengan menaiki van yang disediakan oleh travel agency.  


Terlalu sejuk

Di Beijing, kesejukan bertambah 
kerana angin sangat kuat di sini disebabkan angin sejuk yang dibawa dari Siberia.  

Sewaktu kami pergi, sungai-sungai semua membeku.  

Di sana, pemandangan penduduk Beijing berbasikal untuk ke mana-mana adalah satu pemandangan biasa. 

Tips pakaian

Bagi sesiapa yang akan ke Beijing.

Silalah bersedia dengan musim sejuknya yang extreme. 
Sejuk di sana sejuk kering yang boleh menjadikan kulit kering dan luka. 

Saya sendiri terpaksa menyapu lotion pada kulit untuk memastikan kulit sentiasa lembap.

Pakaian perlu sesuai. 

Saya pakai long john, baju t-shirt biasa untuk lapisan ke dua, 
baju sejuk di lapisan ke tiga dan winter coat di lapisan luar. 

Kasut perlu pakai tapak yang tebal. 

Saya masa mula-mula datang pakai kasut biasa. 

Fuhh sejuk bila kasut memijak lantai. 

Kat sana saya beli kasut khas untuk winter yang tapaknya tebal. 

Lepastu tukar kasut baru selesa bila berjalan-jalan.


Makanan halal

Banyak restoran halal di sekitar Beijing. 
Cara mengenalpasti restoran halal ini, akan terpampang logo halal tulisan jawi berwarna hijau. 

Menu yang disediakan kebanyakannya memang menu masakan masyarakat di sana. 
Ada yang boleh diterima tekak, ada yang sedap dan sesuai dengan selera, ada yang memang lansung saya tak boleh telan.  Tapi dah namanya travel, tetap kena harungi jugak. Ahaha.

Insya Allah di entry akan datang
 saya akan kongsikan gambar-gambar sekitar Great Wall dan Forbidden City.














Polis ni tegak je, walaupun suhu sejuk sangat waktu ni.




No comments:

Post a Comment