Kami sekeluarga bercuti di Ancasa Residences Port Dickson pada Oktober 2022. Ini kali kedua saya dan keluarga kecil saya menginap di sini. Tapi untuk family besar (mak abah, adik beradik dah lebih dua kali). Adik saya la ni asik recommend Ancasa Residences.
Memang pengalaman best bagi saya. Kenapa best? Haa jom baca review saya.
Proses check in: Mudah dan cepat.
Apartment/ Bilik: Rumah yang kami inap jenis 3 bedroom deluxe apartment. Memang luas guys. Selesa dan bersih. Masuk masuk je rasa tenang dan nyaman.
Jenis bilik dalam rumah: ada 3 bilik. Semua bilik katil jenis twin.
Dapur: dilengkapi dengan fridge, sinki, kabinet dapur, pinggan mangkuk, sudu garfu, kettle, 3 in 1, penyapu, dust pan, dust bin, pencuci pinggan mangkuk. Maaf terlupa nak ambik gambar dapur.
Pemandangan dari apartment. Haa yang ni saya bagi 10 markah. The best part inilah dia. Cantik sangat pemandangan dari bilik. Tenang je rasa. Terbaik 👍.
Ruang tamu: ada sofa, meja kopi dan tv tapi tv dia tak best. Mungkin management sengaja tak bagi chanel best sebab nak kita bersilaturahim sesama keluarga. Done bersangka baik 😂. Maklumlah Ancasa Residences ni selalu menjadi pilihan orang nak buat hari keluarga.
Ruang makan: meja sederhana dengan 6 seat. Malam tu kami beli makanan di luar. Lagipun tiada kelengkapan untuk masak memasak. Kat sini nak beli pakai Food Panda dan Grab pun boleh cuma kena tunggu di bawahlah.
Breakfast: tiada sebab tak ambil pakej breakfast.
Di Ancasa Residences ni ada taman bertemakan Bali. Selain anak anak boleh mandi di swimming pool, kita boleh bawa mereka jalan jalan di sekitar taman di sini.
Ada juga access ke pantai. Kena menapak sikitlah.
Master bedroom. Ada bathroom attached |
Master bedroom |
Puasla budak budak berlari lari |
Overall saya suka Ancasa Residences kerana ambiencenya yang buat hati rasa damai dan tenang selain view yang tersangatlah cantik. Tak ragu ragu untuk repeat lagi insha Allah.
Untuk booking boleh book di tripdotcom di sini Ancasa Residences Port Dickson
No comments:
Post a Comment