Review Baron Waterfront Hotel, Langkawi

Review Baron Waterfront Hotel, Langkawi. Semalam dah review tentang Langkapuri Inn Pantai Cenang. Untuk entry hari ini, nak cerita tentang pengalaman bermalam di Baron Waterfront Hotel pulak. Kenapa saya pilih hotel ini sedangkan banyak lagi hotel di Langkawi? Pertama sekali kerana saya mencari hotel yang ada menyediakan bilik triple standard untuk emak, abah dan adik perempuan dan juga untuk saya, suami dan anak saya.  Orang kata biarlah selesa. Nak bercuti fikiran tu biar tenang dan lapang, bukan nak menyakitkan jiwa kerana bersempit-sempit dalam bilik.  Karang bercuti tapi muncung panjang sedepa tak syoklah kan. Ahaha. Sebab yang kedua kerana saya mencari hotel dengan harga yang berpatutan tetapi selesa. Berdasarkan review-review dari Tripadvisor, rasa-rasa macam hotel ini boleh dipercayai dan insya Allah dapat memuaskan hati kami. Sebab yang ketiga, saya mencari hotel dengan harga rendah tetapi ada tingkap. Banyak je hotel lain yang selesa dan murah di sekitar Langkawi, sayangnya bilik-biliknya tiada tingkap. Ada sesetengah orang tak kisah kalau bilik diorang tiada tingkap, tapi saya kisah! Boleh pening kalau tiada tingkap. Hahaha.


sumber: www.barongrouphotels.com

Saya book hotel ini di Agoda kerana harga yang ditawarkan tersangatlah memuaskan hati. Syarat nak book, kena ada kredit. Bila kita dah siap-siap bayar, maknanya kita dah secure bilik tu. Lagipun waktu ketibaan kami nanti dah malam. Kalau tak book bilik siap-siap, menggagau nak cari bilik nanti tengah-tengah malam. 

Keadaan bilik

Bilik selesa, katil besar. Air cond sejuk, ada wifi percuma. Tiada kettle, tiada peti ais, tiada gelas, tiada coffee 3 in 1. Ala takda benda-benda ni saya tak kisah pun. Memang padanlah dengan harga yang ditwarkan. Yang penting keperluan asas ada.

Selain tu, ada disediakan penyangkut baju dan televisyen. Bilik air bersih, tekanan air laju, ada sabun disediakan. 







Pemandangan dari bilik

Ok yang ini tak berapa best sebab saya dapat bilik yang mengadap bangunan lain. Lagipun bilik kami di tingkat bawah sekali. Mungkin orang yang dapat bilik di tingkat atas boleh nampak pemandangan laut. Baron Waterfront Hotel ni lokasinya terletak berhampiran laut. Ada satu resort, De Baron Resort yang terletak berhampiran hotel Baron Waterfront ni. De Baron Resort memang betul-betul mengadap muara sungai dan pemandangannya cun mak aihh. Masya Allah.

pemandangan dari belakang hotel

pemandangan bahagian belakang Baron Waterfront


Sarapan pagi tidak disediakan tapi jangan risau, banyak sangat kedai makan berhampiran, boleh jalan kaki tak sampai 2 minit pun. Hotel ada menyediakan water filter. Bolehlah nak buat air panas dari water filter tersebut. 
Pagi keesokannya, saya dan emak berjalan-jalan di sekitar hotel nak tengok keadaan sekeliling. Kami nampak bot-bot nelayan di sungai kecil di belakang hotel. Sungai kecil tu menuju ke muara yang lebih besar yang menempatkan banyak kapal-kapal layar, di hadapan De Baron Resort. Pemandangannya sangat cantik. Tak jemu mata memandang




Pemandangan hadapan De Baron Resort




Terpegun melihatnya. Saya dan suami sebenarnya pernah menginap di De Baron Resort ini pada tahun 2012, tapi kami dapat bilik di blok belakang yang tak nampak pemandangan laut. 

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan Baron Waterfront Hotel. Selesa, dan harga berpatutan. Sesuai sangat untuk orang yang sedang mencari hotel budget.
Previous
Next Post »