Kereta kabel Skycab antara tarikan utama di Langkawi

Kalau jalan-jalan di Langkawi, tak lengkap rasanya kalau tak naik kereta kabel yang terletak di Gunung Machincang. Saya berpengalaman merasai menaiki kereta kabel pada tahun 2011 bersama keluarga. Masa naik tu rasa ok je, bila kereta kabel dah bergerak dan semakin tinggi, rasa gayat semakin menjadi-jadi. Macam-macam terlintas di fikiran ni, hahaha. 

Beratur panjang

Kalau datang semasa musim cuti sekolah dan hujung minggu, sila bersiap sedia untuk beratur panjang. Kami ok je walau terpaksa beratur panjang. Takpelah, mungkin once in a lifetime. Mungkin lepas ni datang Langkawi, tak naik kereta kabel dah. Jadi apa salahnya bersusah payah sedikit. Tapi jangan risau, kalau anda nak cepat, taknak beratur panjang, boleh saja. Mereka ada sediakan express lane. Dari berjam tunggu dan beratur, dalam masa 10 minit saja dah boleh naik SkyCab ini. Tapi harganya sudah tentu mahal.

Jenis-jenis gondola
Sewaktu kunjungan kami pada tahun 2011, Skycab yang ada hanya normal gondola. Tetapi kini mereka telah memperkenalkan satu lagi gondola iaitu bottom glass gondola, di mana lantai gondola adalah kaca. Anda boleh see through dari lantai gondola. Fuhh, bertambah-tambah keseramannya. Tapi jangan risau, sudah tentu kaca yang digunakan berkualiti dan dapat menampung beban yang banyak. Sesuai untuk orang yang tak gayat dan suka aktivti extreme dan mencabar.


Harga Tiket Sykab

Normal Gondola

Dewasa (international):RM45 
Dewasa (kanak-kanak): RM32

Dewasa (mykad): RM30
Kanak-kanak (mykad): RM22

Bottom Glass Gondola

Harga sama untuk dewasa dan kanak-kanak
International: RM95
Mykad:  RM95

Express Lane

Dewasa (international): RM95
Kanak-kanak (international): RM82

Dewasa (mykad): RM80
Kanak-kanak (mykad): RM72


Ada beberapa jenis lagi gondola iaitu private gondola khas untuk mereka yang mahukan privacy dan vip gondola untuk mereka yang mahukan layanan istimewa. Siap dihidangkan muzik dan makanan lagi. Tapi harganya boleh buat beli tiket kapal terbang ke Seoul tau, haha. 


Beberapa keping gambar yang saya boleh kongsikan semasa pengalaman saya dan keluarga menaiki Sykcab ke Puncak Gunung Machincang. Skycab ni akan bawa ke 2 station. Bila dah sampai middle station dan top station, Masya Allah, sangat indah pemandangan yang kita akan nampak. 







Ini pulak gambar bottom glass gondola dan vip gondola yang saya ambil dari website panoramalangkawi.com





Waktu kunjungan kami 2011, Skybridge tidak boleh dilalui oleh sesiapa kerana pihak pengurusan menutupnya buat sementara. Dan sekarang dengar khabar dah boleh lalu, tapi nak ke Skybridge tu kena lalu kawasan hutan sedikit. 








Beberapa keping gambar yang saya ambil dari website www.panoramalangkawi.com





Kesimpulannya memang best pengalaman naik kereta kabel di Langkawi ini. Kalau nak tengok panorama indah Pulau Langkawi dari atas gunung Machincang, inilah tempat yang sesuai!
Previous
Next Post »