Review Langkapuri Inn Pantai Cenang Langkawi

Review Langkapuri Inn Pantai Cenang Langkawi. Saya dan keluarga baru saja pulang dari bercuti selama 3 hari 2 malam di Langkawi. Kami menginap di dua tempat penginapan. Malam pertama di Baron Waterfront, Kuah, Langkawi. Manakala malam kedua di Langkapuri Inn, Pantai Cenang. Meh nak cerita pengalaman bermalam selama 2 hari 1 malam di Langkapuri Inn. Haha, semangat!

Nak dijadikan cerita, Langkapuri Inn ni tiada dalam perancangan kami pun. Hari kedua di Langkawi tu, kami plan jalan-jalan Pantai Cenang sambil-sambil cari tempat penginapan. Makna kata, kalau ada kosong kat mana-mana motel, terus book je. Di sekitar Pantai Cenang banyak sangat pilihan motel dan chalet. Jadi tak risau sangat, lagipun waktu kami ke sini bukanlah peak season atau cuti sekolah.

Mula-mula kami pergi AB Motel. Ada kekosongan dua bilik, tapi bilangan bilik kosong tak mencukupi untuk semua trip member keluarga kami yang seramai 9 orang ni. Jadi kami pun teruskan pencarian motel. Kawan abah ada cadangkan Langkapuri Inn. Kami pun terus menuju ke Langkapuri Inn. Mak pergi survey-survey bilik yang ada. Lepas emak pergi survey dia cakap ok sangat Langkapuri Inn. Dia suka. Bilik kosong ada beberapa buah. Jadi muktamadnya, untuk malam kedua kami duduk di Langkapuri Inn.

Apa yang menariknya Langkapuri Inn?

Lokasi sangat strategik. Terletak di Pantai Cenang yang kiri kanan dan depan belakangnya banyak kemudahan. Ada shopping mall, deretan kedai kraf, ada mini mart senang nak beli barang-barang keperluan. Ada banyak restoran dan kedai. KFC, TeaLive, Pizza Hut dan lain-lain. Sangat dekat ok. Jalan kaki tak sampai 5 minit pun. Underwater World sangatlah dekat. Jalan kaki je. Tak payah naik kereta. Malas jalan kaki? Jangan macamtu. Jalan kaki je biar terbakar lemak-lemak yang berkumpul di badan tu haa.


 Pantai? Langkapuri Inn ni betul-betul terletak depan pantai. Pemandangan di sekitarnya pun cantik. Garden view.


Pemandangan depan bilik, garden view


Menuju ke pantai

Cantiknya Pantai Cenang. Air laut dia biru kehijauan



Depan bilik

Mini Bar




Keadaan dalam bilik

Alhamdulillah selesa. Tilam bantal selesa. Ada televisyen flat screen. Ada siaran astro, peti sejuk, gelas, cofee 3 in 1, flask untuk ambil sejuk dan panas di water filter jenama Coway di kafeteria.
Tandas bersih, tekanan air sederhana laju dan tidak slow. Ada shower dan shower gel disediakan. Wifi percuma dengan kelajuan sederhana. 






Sarapan pagi

Sarapan pagi disediakan. Sudah termasuk dengan harga bilik. Pilihan makanan boleh tahan sedap. Boleh makan sampai kenyang. Semasa kami menginap tempohari, pilihan makanan untuk sarapan pagi ada mee goreng, nasi goreng, cereal, kentang goreng, sosej,  salad, buah-buahan, ommelette (ada staff yang buatkan), roti bakar beserta jam, kaya dan margarine.






Jalan-jalan Pantai Cenang

Malam-malam, kalau nak ronda-ronda sekitar Pantai Cenang, jalan kaki saja. Kawasan Pantai Cenang ni happening bila waktu malam. Ada food truck seperti char koay teow dan burger. Nak makan makanan arab? Ada beberapa restoran makanan arab  di sini. Cuma bila nak makan di beberapa restoran international di sini, kena hati-hati sebab ada restoran yang target crowd dia sebenarnya untuk orang asing dan makanan yang disediakan tak pasti halal atau tidak. Maklumlah Pantai Cenang ni memang tempat tumpuan pelancong luar negara. Melainkan anda tengok pekerja dan owner dia orang tempatan, insya Allah tak risau tentang status halal. Rajin-rajinlah cari maklumat di internet. 

Kesimpulannya, saya puas hati dengan Langkapuri Inn. Kalau ada rezeki datang Langkawi, bolehlah bermalam di sini lagi.




Previous
Next Post »