Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 30 December 2019

Pengalaman ke G2G Animal Garden Maeps Serdang

Saya nak share pengalaman ke G2G Animal Garden yang terletak di Maeps Serdang.

Alkisahnya saya turut menyertai rombongan sebuah PASTI di tempat saya.


Pengalaman ke G2G Animal Garden

G2G Animal Garden baru dibuka pada tahun lepas. Konsepnya adalah petting zoo dimana pengunjung boleh melihat, menyentuh dan memberi makan haiwan-haiwan yang ada di sini.



Antara haiwan yang ada, spesies burung seperti burung kakak tua, merak,  ayam, ayam belanda dan lain-lain, kambing, kambing biri-biri, arnab, kucing, burung ostrich, ular, guinea pig, rusa dan macam-macam lagi.

Overall masa yang diambil untuk melawat keseluruhan G2G Animal Garden ialah lebih kurang dua jam.










Budak-budak memang seronok, dapat bagi makan, menyentuh dan melihat sendiri haiwan dengan lebih dekat.

Harga tiket seperti di bawah.



Jadi kalau anda nak bawa anak-anak ke G2G Animal Garden, itulah harga yang tertera.

Ataupun sekiranya anda datang pada hujung minggu dan cuti sekolah, kebarangkalian pengunjung adalah ramai.

Saya cadangkan anda beli tiket di Tripcarte Asia, supaya tidak perlu beratur panjang membeli tiket secara walk in. Lagipun harga di Tripcarte Asia murah sedikit berbanding harga walk in.

Boleh klik di link ini untuk pembelian tiket secara online Tiket G2G



No comments:

Post a Comment