Ads Top

Naracards Seoul Set

Pengalaman menginap di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh Melaka

Saya nak share tentang satu hotel yang saya dan keluarga baru pergi baru-baru ni. Hotel Mudzaffar  terletak di Ayer Keroh.



Lokasinya memang strategik. Tak jauh dari MITC, shopping mall Mydin dan memang berada di tengah-tengah kawasan bandar. Jadi memang tak susah nak cari tempat makan.

Apa yang menarik tentang hotel ini ialah senibinanya diinspirasikan dari binaan Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Tengok bahagian hiasan dalamannya juga bercirikan budaya melayu, dengan tangga batu bercorak yang cukup popular di Melaka.




Kami ambil bilik dengan katil king.

Memang  luas, bersih, perabot  dan susun atur gaya moden.






Dapat view kolam renang dan separuh pemandangan bandar.




Toiletnya besar dan bersih. Nampak mewah. Ada bath tub dan ruang shower yang berbeza. Rasa macam orang kaya pulak bila guna toilet kat hotel ni.. Hahahaha.

Semua amenities lengkap. 



Chanel tv walaupun mereka menggunakan siaran digital, tapi masih jelas dan terang walaupun sekali sekala 'hang' mungkin disebabkan internet yang tak cukup kuat.



Bila jadi macamni saya tekan back je atau off dan on semula.. Hahaha tapi tak jadi masalah besar pun sebab sekejap je.

Apapun memang saya suka hotel ni walaupun kalau baca review di Agoda, Google dan Booking ada macam-macam komplen, antaranya bilik dan lampu tak teranglah, suasana gelaplah.

Sebenarnya ok je. Lampu tu kena pandai-pandai godek. Kami pun asalnya ingat lampu memang malap macamtu.

Berapi bintang nak bagi? Saya bagi 4 dari 5 bintang.

Jika anda berminat nak book hotel ini, dan belum pernah sign up ShopBack, saya cadangkan anda book dengan Agoda  atau Booking.com melalui apps ShopBack.

 Saya pun baru tahu, kalau book dengan Agoda atau Booking.com, dapat cashback.   
(menyesal baru tahu pasal ni, padahal dah berpuluh kali booking hotel sejak beberapa tahun lepas hahaha).

Alhamdulillah  earnings saya dah mencecah RM36 untuk  3 kali booking.

Kalau ada rezeki cashback boleh dapat setinggi 30% tu. Banyak kan.

Jadi jangan sia-siakan lagi peluang keemasan ni.. Sign up Shopback untuk dapat cashback. First time sign up terus dapat RM5 sebagai welcome bonus. Hanya sign up melalui refferal je boleh dapat RM5 tu. Klik sini untuk sign up >>> Sign Up ShopBack<<<

No comments:

Powered by Blogger.