Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 27 December 2021

Sedapnya Beanies Coffee

Semalam pergi Jaya Grocer Bangi Gateway. Tau dah Jaya Grocer ni ada banyak barang rare. Nak cari bahan untuk keto diet sambil cuci mata. Pusing punya pusing punya pusing terjumpalah Beanies Coffee. Ada banyak flavour yang rare. Maklumlah Beanies Coffee ni kan brand luar negara. Adoi rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. 




Last last den pilih mocha. Dengan harapan setinggi gunung rasa dia sedaplah. Sampai rumah, solat asar, dah rilek rileks baby pun dah settle mandi semua.. saya buatla kopi.

Buka buka je bau semerbak. Macam bau butterscotch. Bancuh, masuk fresh milk sikit.. siap. Alhamdulillah memang sedap. Rasa dia macam kopi berbau butterscotch +coklat. 

 Berbaloi beli dan rasa menyesal pula tak grab flavour lain. Bangi Gateway ni agak jauh sikit dari rumah saya. Nampaknya kena datang sana lagila ahahah.




Baru baru ni beli pulak perisa Irish Cream. Memang rare tapi sedap. Korang kena try tau! 




Saya kalau buat kopi memang tak letak gula. Sejak result ujian mgtt ( selepas bersalin)   borderline ni tatut dah nak minum manis manis. Untuk penggemar kopi dan dalam masa yang sama nak jaga gula atau ada diabetes ke atau anda nak turunkan berat ke, sesuai sangat la kopi ni. Kalori dia 2 kcal je per cup . Takla boring asik minum flavour yang sama je. Baaaaanyak lagi flavour dia ada. Kalau area rumah korang takde Jaya Grocer yang terdekat, beli je kat Lazada di link ini Beanies Coffee atau Shopee di sini Beanies Coffee.

No comments:

Post a Comment