Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 22 January 2022

Pengalaman menginap di Bayfront Hotel Port Dickson

Tempoh hari terasa rindu nak bercuti di Port Dickson. Teringin nak bermalam di hotel yang mengadap laut atau full seaview. Last bermalam di Port Dickson pada awal bulan Januari, sehari sebelum PKP 3 diumumkan. Masa tu menginap di Klana Beach Resort. 



So godek godekla hotel mana lagi yang kosong. Dahla last minute. As expected, hotel yang best best semua dah sold out  pada hujung minggu. So tukar tarikh, ambik hari Ahad-Isnin. Tapi seperti yang saya jangka juga, hotel best macam Klana Beach Resort juga penuh sebab waktu tu cuti sekolah baru bermula. Cari lagi maka jumpalah Bayfront Hotel. Mujur ada bilik mengadap laut yang masih kosong. Cepat cepat book, dapatla bilik Executive Suite. 

Check in smooth je. Deposit RM50. 

Bilik agak besar. Siap ada anak tangga. Hati hati bila menapak supaya tak tersadung jatuh tangga. Katil king. Semua amenities ada. Ada kerusi dan meja kopi, kettle, mug dan barang barang untuk buat air panas.









Kami standby tilam angin dari rumah takut tak muat katil. Ya memang tak muat pun sebab anak sulung tidur lasak. Bila ada baby ni memang tak muat dah katil king kat hotel 😆. 

Kalau nak beli tilam angin boleh beli di sini>>>Tilam angin<<<

Katil empuk cuma bantal dia bagi dua biji dan agak leper. Harap pihak hotel dapat tukar bantal yang lebih selesa.

View superb. Nampak laut luas terbentang depan mata ni haa.







Apa lagi yang saya suka dengan hotel ni?

Kat  bawah ada banyak kedai macam 7 Eleven, Tealive, Maybank.

Belakang ada banyak food truck. Petang tu beli makanan kat food truck belakang je tapi agak pricey la.  Kalau rajin boleh drive jauh sikit. Area sini banyak je kedai makan tapi sebab saya pergi belakang tu jalan kaki je lagipun dah start nak hujan, malas nak fikir banyak.. kita beli jelah. 

Hotel ni best sebab view dia yang mahal.. cuma kekurangannya takde breakfast, dan pantai dia tak boleh mandi sebab al maklumlah ni kawasan tambak kan. 

Petang tu jalan jalan sikit ambik angin dengan dua anak saya. Kat sini port orang memancing dan photo shoot. Malam malam meriah tau. Orang datang sebab ada McD, Starbucks, dataran tempat budak budak main belon, kereta control. Kami tak turun sebab malas haha. Pernah datang sebelum ni. Rasa lemas sebab ramai sangat orang. 




Untuk booking hotel ni secara online boleh klik sini >>Bayfront Hotel PD<<<



No comments:

Post a Comment