Ads Top

Naracards Seoul Set

8 hotel menarik yang terletak di tepi Sungai Melaka dan berhampiran Jonker Walk

8 Hotel menarik di tepi sungai Melaka dan berhampiran Jonker Walk. 

Ada orang bila bercuti, ada kriteria tertentu
untuk tempat penginapan yang mereka cari. 

Macam saya contohnya, kalau nak bercuti ke mana-mana mesti nak tengok,
apa tempat menarik berhampiran penginapan itu?

Kalau bercuti di kawasan pantai, 
adakah kedudukan tempat penginapan tu sangat dekat dengan pantai? 

Adakah boleh nampak laut dengan jelas?
Saya memang cerewet sikit bab-bab memilih hotel ni, ahahah.

Kebanyakan hotel yang berhampiran atau bersebelahan Sungai Melaka ini
terletak dalam kawasan Jonker Walk atau setidaknya tidak jauh dari Jonker Walk. 

Maka bolehlah saya katakan hotel-hotel di sini juga
kedudukannya sangat strategik 
kerana terletak sangat hampir dengan kawasan tarikan pelancong.

Ok taknak cakap banyak. 

Sekarang ni saya nak fokus tentang penginapan atau hotel di Melaka.

 Lebih spesifik lagi, hotel di tepi sungai Melaka. 

Tepi tu maksudnya memang sebelah sungai Melaka. 
Buka tingkap , haa nampak pemandangan jelas dan terang sungai Melaka. 

Jom kita tengok


1. Quayside Hotel Melaka









Hotel ini bertaraf 3 bintang. 

Sejarahnya  pada suatu masa dahulu merupakan gudang pengumpulan kayu balak,
kelapa sawit dan lada hitam sebelum dieksport ke negara-negara Asia 
dan Eropah pada zaman kolonial. 


Pengunjung dapat melihat pemandangan menakjubkan Sungai Melaka
yang bersejarahdan melihat kesibukan kawasan Jonker Street
yang terletak tidak jauh dari hotel tersebut.


Harga satu malam serendah RM145 (tidak termasuk cukai)

Mempunyai 3 jenis bilik iaitu Premium, Superior dan Family Suite.

Alamat: 1, Jalan Merdeka, Quayside Heritage Center,

 Bandar Hilir, 75000, Melaka

Boleh buat tempahan secara terus melalui talian 06-2841001/1002
atau tempahan melalui Agoda di link ini : >>Quayside Hotel Melaka<<



2. RC Hotel 







Hotel bertaraf 3 bintang ini menarik kerana  rekabentuk bangunannya masih mengekalkan ciri-ciri bangunan kolonial.

Harga untuk penginapan 1 malam ialah serendah RM153 pada hari minggu (tidak termasuk cukai).

Mempunyai 3 jenis bilik iaitu Deluxe Family, Executive Deluxe dan Deluxe Twin.

Terletak tidak sampai 500m ke Pasar Malam Jonker Walk
dan kemudahan lain seperti mesin ATM, kedai runcit dan Melaka Sentral

Untuk maklumat lanjut, layari laman web mereka iaitu www.rchotelmelaka.com

Alamat: No 36, Jalan Kampong Pantai, 
75200 Melaka

Tempahan boleh dibuat melalui talian 06-2833233

atau tempahan online di Agoda melalui link ini >>RC Hotel<<




3. 906 Riverside Hotel








Lagi satu hotel menarik yang terletak di tepi sungai Melaka.
Ia merupakan salah satu hotel cawangan dari rangkaian Hotel 906.

Harga untuk satu malam adalah serendah RM73 sahaja pada hari minggu
tidak termasuk cukai di laman Agoda.

Kemudahan yang disediakan ialah wifi, televisyen skrin rata,
penyaman udara dan ruang parking untuk tetamu.


Terletak tidak sampai 500 meter dari Jonker Walk dan kemudahan lain
seperti mesin atm  dan Seven Eleven. 

Alamat

No 52, Jalan Kampung Hulu, 
75200 Melaka
No tel : 062828906

Untuk tempahan boleh hubungi talian 06-2828906 atau tempahan online di Agoda di link ini >>RC Hotel<<


4.  Heeren House Guethouse & Cafe

Hotel ini berkonsep guesthouse and cafe.

Bahagian atas penginapan untuk tetamu manakala di bahagian bawah ialah cafe.

Terletak di kawasan Jonker Walk dan kedudukannya bersebelahan Sungai Melaka.

Terdapat tiga jenis bilik yang ditawarkan iaitu double room with lake view,
twin room with lake view, double room, dan deluxe king room

Suasana dalam bilik betul-betul kelihatan old school tetapi menarik dan unik.












Sekiranya anda mahu merasai  pengalaman bermalam di rumah yang penuh ciri klasik,
guesthouse ini adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Alamat:

1,  Jalan Tun Tan Cheng Lock
75200 Melaka, Malaysia
No tel 06-2814241

Untuk tempahan di Agoda, bolek klik link ini >>> Hereen House Guesthouse & Cafe<<<


5. Casa Del Rio Hotel




Hotel ini terletak di Taman Kota Laksamana, 
berkonsepkan budaya mediterranean dan sentuhan Baba dan Nyonya. 

Ia bersebelahan Sungai Melaka dan berhampiran tempat-tempat tarikan pelancong 
seperti jeti Melaka River Cruise dan Muzium Samudera Melaka. 

Harganya agak premium sesuai dengan hotel bertaraf 5 bintang

dengan segala kemudahan yang ditawarkan,seperti  gymnasium, spa, 

kolam renang, restoran dan perkhidmatan dobi, serta wifi percuma. 






Lokasinya juga sangat strategik. Selain Muzium Samudera dan jeti river cruise, 
hotel ini juga hampir dengan Jonker Walk , hanya 2 minit jalan kaki ke Jonker Walk. 

Antara tempat tarikan pelancong lain yang berhampiran ialah
Baba Nyonya Heritage Museum (200 meter), A Famosa (440 meter)
dan banyak lagi.


Alamat
88, Jalan Laksama, Kota Laksamana
75200 Melaka
Tel: 06-2896888

Untuk tempahan di Agoda boleh pergi ke pautan ini >>> Casa Del Rio Hotel<<<

6. Gingerflower Boutique Hotel






Hotel ini menarik kerana bangunan hotel merupakan bangunan lama
yang ada elemen klasik dan nostalgia. 

Terdapat 3 jenis bilik iaitu deluxe, suite dan family. 

Pengunjung boleh memilih sama ada mahu menginap di bilik
yang mengadap pemandangan sungai atau pemandangan bandar. 


Untuk ke Jonker Walk, hanya perlu berjalan kaki sejauh 100 meter sahaja. 


Selain itu banyak lagi lokasi menarik yang berhampiran dengan hotel ini 
seperti Baba Nyonya Heritage Museum, Cheng Ho Cultural Museum,
Jeti Malacca River Cruise dan bangunan Stadhuys.


Alamat
13, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksana
75200 Melaka
Tel 06-2881331


Untuk tempahan di Agoda, boleh ke pautan ini >>> Gingerflower Boutique Hotel<<<

7. Heeren by The River

Guest house ini bertentangan dengan Heeren Guest House  and Cafe.
Terdapat 3 jenis bilik ditawarkan iaitu Superior, Deluxe dan Premium. 

Antara kemudahan yang disediakan, wifi percuma di setiap bilik,
televisyen skrin rata, penghawa dingin dan daily housekeeping.



Untuk ke Jonker Walk, hanya perlu berjalan sejauh 70 meter sahaja. 
Sangat-sangat dekat dengan Jonker Walk. 


Lokasi menarik yang berhampiran, bangunan Stadhuys 160 meter,
Cheng Ho Cultural Museum (110 meter), Baba Nyonya Heritage Museum (140 meter), 


Melaka River Cruise (70 meter), Melaka Clock Tower (70 meter)
dan banyak lagi.






Alamat

No 7 & 9, Lorong Hang Jebat
75200 Melaka Malaysia
Tel: 06-2823863

Untuk tempahan di Agoda, boleh ke pautan ini >>>Heeren By The River<<<


8. Aava Malacca Hotel





Hotel ini terletak di tepi sungai Melaka juga.

Suasana dan dekorasi di dalam bilik ditatarias dengan konsep moden
dalam masa yang sama digabungkan dengan elemen budaya Baba dan Nyonya.








Pakej sarapan pagi disediakan untuk pengunjung.

Jika pengunjung berhasrat mahu datang menginap bersama keluarga,
jangan risau kerana bilik untuk keluarga disediakan.

Jika pengunjung mahu, boleh request bilik yang menyediakan
 pemandangan Sungai Melaka

Jarak antara Aava Hotel ke Jonker Street hanya 0.2 kilometer sahaja.




Alamat:

No 10, 14, 12
Jalan Kampung Hulu
75200 Melaka
06-2883977


Untuk tempahan di Agoda, anda boleh klik pautan ini

>>>Aava Malacca Hotel<<<

No comments:

Powered by Blogger.