Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 19 February 2018

Gempar satu Malaysia bila kereta kabel Langkawi terkandas

Gempar satu Malaysia bila kereta kabel Langkawi terkandas. Kereta kabel yang bergerak tinggi di atas gunung.   Ada yang berada dalam gondola dalam keadaan tergantung dari ketinggian 2323 kaki dari aras laut. Dianggarkan 1048 pelancong dan 78 kakitangan Skycab terkandas di stesyen selama 7 jam.  Siapalah yang tak cemas. Saya sendiri ada pengalaman naik kereta kabel Langkawi. Macam-macam perasaan yang timbul. Seram, gementar, berdebar. Itu semasa gondola bergerak lancar pun dah seram sejuk. Inikan pulak tergantung statik tak bergerak selama 3 jam di atas sana. Yang terkandas di stesyen pun kasihan juga sebab cuaca di stesyen agak sejuk.




Apapun syukur alhamdulillah semua mangsa selamat turun.  Respect kepada anggota bomba yang menjalankan tugas dengan cekap, pantas dan dedikasi. Mereka terpaksa mendaki gunung, meredah hutan untuk sampai ke stesyen pertama untuk menjalankan operasi menyelamat dan bersama mereka ada pekerja Skycab yang bertugas membaiki kerosakan yang berlaku. Bomba mula mendaki lewat petang dan operasi menyelamat bermula lebih kurang 9 malam. 

Apapun peristiwa ini pasti meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa yang terlibat. Namun saya pasti pihak pengurusan mengambil langkah-langkah sewajarnya supaya masalah ini tidak berlaku lagi di masa akan datang



No comments:

Post a Comment