Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 17 February 2018

4 tips cuti-cuti Malaysia semasa cuti umum yang panjang

Semasa musim cuti umum yang panjang iaitu cuti yang bersambung dengan hujung minggu  sebagai contoh cuti Tahun Baru Cina  2018, tidak dinafikan rakyat Malaysia akan mengambil peluang bercuti, sama ada balik kampung atau bercuti ke mana-mana tempat pelancongan. Ini menyebabkan jalanraya menjadi sesak luar biasa di kawasan peranginan popular. Hotel dan penginapan penuh semuanya hingga tidak tinggal satu pun bilik yang kosong. 




Sayalah tu yang berusaha mencari tempat penginapan di saat akhir. Sebenarnya tak merancang ke mana-mana semasa Tahun Baru Cina. Tiba-tiba terfikir nak jalan-jalan jugak kebetulan suami free waktu tu. Betul-betul 4 hari sebelum cuti tiba saya baru nak mencari-cari hotel dan chalet yang dekat-dekat dengan rumah untuk menginap selama 1 malam. Makanya, padanlah muka saya, tak berjaya membuat tempahan di Bagan Lalang, Port Dickson, Pengkalan Balak dan Morib ahahah. 





full booked!

full booked!




Jadi saya nak kongsikan sedikit tips  jika bercuti semasa cuti umum yang panjang.

1. Rancang lebih awal. 3 atau 4 bulan awal, terbaik. Sebulan sebelum, kira dah agak lambat.


2. Sebelum bertolak, semak trafik melalui google maps dan ikutlah laluan alternatif. Kalau highway sesak, ikutlah jalan dalam atau jalan kampung.

traffic jam yang panjang di lebuhraya, 



3. Kalau anda berjaya buat tempahan, sebelum bertolak, semak  dengan hotel sama ada tempahan anda ada dalam rekod  mereka atau tidak. Baca tak berita yang viral di facebook baru-baru ni tentang tempahan bilik seorang wanita yang dibatalkan semasa beliau sudah sampai ke tempat penginapan? Walhal beliau telah mendapat notis tempahannya berjaya dan pembayaran juga telah dibuat. Pada pandangan saya ini berlaku kerana tempahan yang terlalu banyak berlaku serentak dalam satu masa menyebabkan sistem pendaftaran hotel menjadi sedikit bermasalah. 

4. Semak ramalan cuaca sebelum keluar rumah. Yelah mana tahu, lokasi yang kita nak pergi tu rupa-rupanya waktu itu ada ada ancaman ribut atau air pasang besar . Elok-elok nak rehat, tak dapat rehat pulak.

4 tips sajalah kot. Saya bukannya pakar cuma nak kongsikan  berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa ni. Semoga selepas ni lebih bersedia jika ingin bercuti ke mana-mana semasa cuti umum yang panjang


No comments:

Post a Comment