Peluang menjana pendapatan pasif dengan homestay

Peluang menjana pendapatan pasif dengan homestay.




Maksud Homestay

Menurut Wikipedia, homestay bermakna pelawat atau pelancong bermalam di rumah penginapan yang disediakan oleh orang tempatan  di satu-satu kawasan yang dikunjungi oleh pelancong tersebut.

Pengalaman menginap di homestay

Saya ada pengalaman menginap di rumah AirBnB semasa travel ke Osaka dan juga di Wangsimni Seoul yang kami panggil guesthouse. Di Osaka kami dapat sebuah rumah 3 tingkat yang mempunyai 3 buah bilik yang besar, 3 buah tandas, sofa, dapur dan ruang tamu dan dilengkapi kemudahan memasak, peti ais, dapur gas, microwave dan mesin basuh.  Di Seoul pula,  ia merupakan penginapan yang terdiri dari sebuah rumah dengan 3 bilik tidur dan 1 bilik air serta dilengkapi dapur, mesin basuh, dapur gas, microwave, seterika dan water dispenser. Pendek kata ia rumah penginapan yang lengkap dengan kemudahan. Saya sangat berpuas hati dengan kedua-dua homestay yang kami duduki itu kerana ia memudahkan kami yang bergerak dalam kumpulan yang ramai lebih-lebih lagi bersama kami ada beberapa orang bayi dan kanak-kanak. Di homestay tersebut kerana kami dapat memasak makanan kami sendiri. Sangat menjimatkan perbelanjaan kami kerana tidak perlu makan di luar.

Homestay atau hotel, mana yang lebih menarik dan berbaloi?

Jika ditanya kepada  saya sebagai orang awam yang suka travel, adakah berminat untuk menginap di hotel atau homestay? Adakah lebih berbaloi, homestay atau hotel?

Pada pendapat saya, kedua-duanya saya berminat dan kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Homestay sangat sesuai untuk mereka yang travel dalam kumpulan yang besar. Contohnya jika keluarga mengadakan hari keluarga yang melibatkan penyertaan yang ramai iaitu lebih dari 8 orang. Atau ia juga sesuai untuk rombongan agensi dan institusi, pemihan homestay sebagai tempat penginapan adalah pilihan yang tepat.  Selain ia menjimatkan belanja, ahli rombongan dapat merapatkan ukhuwah dan beraktiviti bila menginap di dalam satu tempat yang sama. 

Potensi homestay untuk menjana pendapatan

Saya lihat homestay atau guesthouse mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan pasif lebih-lebih lagi jika anda mempunyai minat kepada industri pelancongan dan hospitaliti. 

Jangan sempitkan konteks homestay ini terhad kepada mereka yang ingin berjalan makan angin saja. Anda boleh lihat peluang besar di mana homestay anda boleh ditempah oleh ibu bapa dan ahli keluarga kepada pelajar yang belajar di kolej atau sekolah yang berdekatan dengan kawasan anda. 
Mereka mungkin perlukan penginapan untuk menghantar anak mendaftar di kolej, atau menghadiri konvokesyen anak. 

Orang yang datang untuk menghantar rombongan meminang dan kenduri kahwin juga boleh menjadi prospek utama anda. Yang penting anda naikkan nama homestay anda supaya orang kenal. Ada cara-cara untuk menaikkan nama homestay anda.  Anda boleh dapatkan maklumat berkaitan bisnes homestay di ebook yang saya lampirkan di bawah.


Kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan saya ingin cadangkan anda dapatkan ebook Jutawan Homestay. Anda boleh klik link ini untuk mendapatkannya  >>>Jutawan Homestay<<< .





1 comment:

Powered by Blogger.