Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday, 22 February 2023

Kek coklat keto 2 min sesuai untuk orang sedang diet

Baru baru ni saya ada buat Kek Coklat Keto 2 minit. Resepi saya ambil dari group Jom Mojo. 


Untuk pengetahuan, dah almost 2 tahun saya amalkan pemakanan low carbo. Makna kata pengambilan karbo yang sedikit. Saya start rejim diet ni sejak selepas bersalin.. sebab pernah ada history gdm. Bacaan gula saya lepas bersalin tu border dah. Sikit lagi nak masuk pre diabetes. Insaf terus wei. Hehe.


Alhamdulillah dulu berat pernah mencecah 73 kg. Sekarang ni dalam range 57-58 kg. Alhamdulillah bmi dah normal. Saya dah tak ambik gula putih, air manis, makanan yang tinggi karbohidrat macam mee, kue tiaw, kuih muih terutamanya kuih muih manis. Nasi tetap ambik sebab nasi kan makanan ruji rakyat Malaysia. 


Resepi Kek Coklat Keto 2 minit (saya olah sedikit ikut bahan yang ada kat rumah).


-Tepung almond (3 sb)

Saya beli kat Sini 

-Serbuk coffee (1sk)

-Baking powder (1/2 sk)

-Telur 1 biji.

-Whip cream (2 sb)

Sedikit minyak masak atau butter yang dicairkan (2sb)

-Gula pengganti 0 kalori -Erythritol 

Saya beli kat Sini.


Cara cara

Kacau semua bahan sampai sebati. Pastikan tekstur tak kering tapi tak terlalu cair. Ini untuk pastikan tekstur kek yang moist. 

Gunakan bekas yang tahan microwave. Turn on microwave dan setkan selama 2 minit dengan suhu medium high. 


Taraa.. inilah rupanya kek keto coklat 2 minit yang sedap sangat menurut tekak saya. 



Memang makan tanpa rasa bersalah sebab takde kandungan gula putih dan kandungan karbo nya pun rendah je. Dahla sekejap je nak buat. Kalian kena cuba juga..terutamanya yang tengah dalam proses turunkan berat badan tu.

No comments:

Post a Comment