Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 15 November 2021

Pengalaman menginap di Hotel Manhattan Ipoh

 Pengalaman menginap di Hotel Manhattan Ipoh





Salah sebuah hotel yang terletak di Ipoh. Kami menginap di Hotel Manhattan ni tahun lepas semasa pergerakan rentas negeri dibenarkan. Kami tidur di sini selepas satu malam bermalam di Lumut. On the way nak balik kampung di Taiping la kiranya. Hotel ni bukanlah terletak di tengah tengah bandar Ipoh yang serba sibuk tu, tapi terletak di Jalan Pasir Putih. Kiranya di pinggir bandar Ipoh la. Traffic tetap sibuk tapi taklah sesibuk di city center sana. 

 Saya book bilik jenis Superior Twin. Bilik agak kecil tapi masih ada ruang untuk solat. Saya suka interior design dia, modern dan minimalis. Memandangkan hotel ini masih baru, perabot dia semua nampak baru. 




Apa yang disediakan dalam bilik?

Channel astro, safety box, TV LED 40 inci, tea coffee maker,  wifi, toiletries, air mineral. Air cond dia sejuk. Katil dan bantal empuk. Pengalaman menginap di sini mengingatkan saya kepada pengalaman menginap di Rivertel Teluk Intan. Bila tidur rasa selesa sangat dan rasa taknak bangun dari katil. Ahaha.




Toilet dia bersih tip top. Pressure air laju. Tengokla pintu toilet dia. Jenis sliding. Nampak modern kan. 







Hotel ni surrounding dia berdekatan dengan banyak kedai termasuklah restoran. Senang sangat nak cari makan. Cafe hotel pun ada tau tapi kami tak makan di sini. 

Untuk sesiapa yang nak cari hotel bajet tapi selesa, elegan dan ekslusif, hotel ni sangatlah sesuai untuk anda. Harga dia masih affordable. Tidak terlalu mahal tapi tidaklah murah sangat. Untuk yang nak bawa family berjalan-jalan di Ipoh, boleh pertimbangkan hotel ni. Ada bilik jenis family room (dua katil queen).. yang boleh memuatkan 4 orang occupancy. Dan ada juga bilik extra besar family room yang boleh memuatkan 5 orang occupancy ( dua katil queen, 1 katil single) dan bilik  extra extra family room yang boleh memuatkan 6 orang occupancy ( 3 katil queen).  

Banyak kemudahan berhampiran hotel antaranya Aeon Mall, Tesco, stesyen minyak Petronas, ATM Machine dan 7 Eleven. 

Untuk saya menginap sekali lagi di sini, mungkin tidakla sebab of course la saya nak try hotel lain pulak kan. Sebab saya ni suka mencuba hotel yang dapat good review dan score tinggi. Tapi untuk anda yang nak cuba pertama kali, hotel ni memang worth to stay. Insha Allah tak menyesal. 


Untuk tempahan di Trip.com, klik sini Manhattan Hotel Ipoh 

atau di Klook di link ini >>>Klook- Manhattan Hotel Ipoh<<<

Kalau nak pergi Sunway Lost World of Tambun boleh beli tiket masuk siap siap kat sini Sunway Lost World of Tambun.

Jarak dari hotel ke Lost World dalam 14.8 km lebih kurang 25 minit. 

No comments:

Post a Comment