Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 5 November 2021

Pengalaman menginap di Swiss-Belhotel Kuantan

Pengalaman menginap di Swiss- Belhotel Kuantan






Kami sekeluarga berpeluang menginap di Swiss-Belhotel Kuantan pada tahun lepas iaitu semasa pergerakan rentas negeri dibenarkan sekitar September 2020. Saja nak merasa hotel baru ni yang pada waktu itu baru sahaja beroperasi. Tambahan pula hotel ini sedang viral di media sosial. Terletak di perkampungan nelayan Tanjung Lumpur, nak ke sini perlu menyeberangi jambatan Kuantan, sekiranya kita datang dari bandar Kuantan.

Hotel ini terbahagi kepada residence dan hotel. Saya tak pasti bahagian residence tu boleh disewa atau tidak. Untuk maklumat lanjut kena tanya hotel, ok. 

Saya book bilik jenis Studio yang mengadap bandar  Tanjung Lumpur dan Kuantan. Tak ambik bilik seaview sebab dah jemu mengadap laut. Sebelum ni pun kerap bercuti di PD dah puas tengok pemandangan seaview. 

Sejujurnya saya sukakan pemandangan bandar, lebih lebih lagi waktu malam, pemandangan sangat cantik dengan lampu bergemerlapan. Biliknya luas. Kalau nak compare dengan bilik jenis lain, bilik jenis studio inilah bilik paling kecil di Swiss-BelHotel Kuantan. Kalau ada anak ramai bentang je tilam di bahagian tengah tengah tu tapi kena confirmkanlah dengan pihak hotel, mungkin ada surcharge kalau ada tambahan ahli keluarga. 

Oh ya tak perlu bawa tilam berat berat. Bawa je tilam angin.  Pam, dan boleh guna immediately. Tilam angin ni tengah trending tau di media sosial.. sebab mudah guna, mudah bawa. Orang pakai masa bercuti dengan anak anak yang ramai.  Link pembelian di sini >>>Tilam angin Intex<<<

Bilik dilengkapi dengan Wifi percuma, televisyen LCD, peti sejuk, coffe and tea making fascilities, meja tulis, sinki dan bar table, kerusi dan almari. 
















Syahdu bila menjelang senja dengan pemandangan matahari terbenam, warna keemasan di langit dan biasan cahaya yang terlihat di Sungai Kuantan. Boleh nampak Sungai Kuantan di kejauhan!






Hotel ni dekat dengan restoran Ana Ikan Bakar Petai yang terkenal tu. Ramai betul orang, tapi kami tak makanlah di sini. Di Bangi pun ada cawangan Ana Ikan Bakar Petai. Memang banyak restoran yang menyajikan hidangan seafood di sekitar Tanjung Lumpur ni. Maklumlah nama pun Pantai Timur kan. 

So far saya berpuas hati dengan hotel ni. Selesa, kemas dan minimalis. Untuk sesiapa yang nak bawa keluarga yang ramai boleh ambik bilik jenis family room. Dengar cerita hot selling setiap kali cuti sekolah dan hujung minggu. Kena rancang awal-awal jika bercadang nak menginap di sini.



Anda boleh buat tempahan di Trip di link ini Hotel Swiss-Belhotel, atau beli voucher di Shopee >>> Swiss-Bel Hotel Kuantan





No comments:

Post a Comment