Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 4 November 2019

Keindahan Kampung Nenasi, Pekan Pahang

Beberapa bulan lepas kami sekeluarga ke Kuantan. Balik dari Kuantan tu ajak suami pergi Kampung Nenasi, Pekan Pahang.

Macam mana boleh terfikir nak pergi Kampung Nenasi? Tempat tu bukan popular pun?

Haa ini semua gara-gara tertengok drama Lima Tiga yang disiarkan di TV3.

Dalam drama tu, lokasi penggambarannya di Kampung Nenasi,   backgroundnya ialah kampung nelayan dengan pemandangan yang bagi saya sangat cantik dan tenang.

Perjalanan dari Kuantan menuju ke Kampung Nenasi, kami melalui Jambatan Tanjung Lumpur untuk ke Pekan. Dari Tanjung Lumpur ke Pekan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Sampai di Pekan kami tak terus pergi ke Kampung Nenasi tapi berhenti sekejap di bandar Pekan untuk solat zuhur dan singgah di muzium Sultan Abu Bakar.

Kemudian secara tak sengaja termasuk ke kawasan  Kampung Padang Polo, kampung yang terkenal dengan rumah melayu tradisional Pahang yang cantik dan unik.

Kampung ini terletak di kawasan yang sama dengan Istana Sultan Abu Bakar.

Dapatlah lihat dengan mata kepala sendiri. Sebelum ini hanya lihat gambar-gambar di facebook saja.

Lepas puas ambil gambar semua, kami pun bergerak ke Kampung Nenasi.

Oh ya, di sepanjang jalan dari Kuantan ke Pekan, masuk saja kawasan Pekan saya melihat lampu-lampu jalan yang unik. Terserlah ciri-ciri Pahangnya.

Dari Pekan menuju ke Kampung Nenasi juga agak jauh. Lebih kurang 1 jam juga.

Sekali sekala kami melalui kawasan yang kiri dan kanannya, pantai, hutan dan belukar manakala jalannya pula sedang dalam construction.

Suami bagitahu, ini jalan utama dari Pekan menuju Rompin.

Mungkin kerana ia jalan utama maka pihak kerajaan negeri menaiktaraf jalan tersebut agar lebih selesa untuk pengguna jalan raya.

Sepanjang jalan, hujan selebat-selebatnya. Jadi saya tak dapatlah melihat pemandangan dengan lebih jelas walaupun jalan tersebut letaknya di persisiran pantai.

Kampung Nenasi ini sebenarnya terletak bersempadan dengan daerah Rompin. Lajak sikit je lagi ke depan dah masuk kawasan Rompin.

Sampai saja di Kampung Nenasi,  hujan masih lebat. Tak kelihatan penduduk kampung. Sunyi dan sepi. Yelah hujan kan, mestilah semua orang berteduh di dalam rumah.








Saya tak lepaskan peluang snap gambar banyak-banyak. Indah , memang indah.

Saya dapat rasakan tenangnya suasana di kampung ini. Tiada bangunan tinggi, jalanraya yang sesak dengan kenderaan.



Yang ada,  laut.. rumah-rumah  nelayan dan taburan pokok kelapa yang melambai, ayam, kambing dan lembu yang bebas menikmati ketenangan sebuah kampung nelayan di hujung daerah Pekan.





Memandangkan hujan, saya tak dapat turun kereta. Hanya ambil gambar dari dalam kereta saja. Sedih jugaklah, tapi apa nak buat kan. Tiada rezeki.



Inilah rumah hijau lokasi penggambaran drama Tiga Lima.



Kemudian kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Bangi.

No comments:

Post a Comment