Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 24 November 2019

Jalan-jalan roadtrip Teluk Ramunia dan Tanjung Sedili


Beberapa hari lepas saya dan keluarga bercuti di Johor. Menginap di Johor Bahru dan roadtrip ke Teluk Ramunia dan Tanjung Sedili. JB dah pernah pergi sebelum ni. Tapi Teluk Ramunia dan Sedili tak pernah sampai lagi.



Saya pilih menginap di JB kerana hotel dan penginapan di sekitar pantai timur Johor agak mahal bagi saya. Harga untuk hotel bajet pun nak sama harga dengan hotel 4 bintang di JB, tanpa breakfast pulak tu.

Lagipun saya ni sangatlah cerewet bab pemilihan hotel. Taknak hotel yang sunyi sangatlah, taknak yang ada hantulah. Penakut tak saya? Kahkahkah.


Kami menginap di JB selama 3 hari 2 malam. Hari kedua lepas solat jamak qasar siap-siap, terus bertolak ke pantai timur Johor. Kami menggunakan laluan highway Senai Desaru untuk ke Teluk Ramunia.

Perjalanan kami dari  JB ke Teluk Ramunia



Kawasan di sebelah pantai timur Johor ni tak sesibuk di sebelah pantai barat. Boleh dikatakan sunyi dan tak banyak kereta atas jalan.

Sebenarnya saya perasan sejak roadtrip Kuantan-Pekan. Masuk je ke kawasan Nenasi, Pekan, dah start kurang orang.


Masa di bandar Kuantan dan Pekan tu masih ramai lagi orang. Masuk je kawasan bawah dari Pekan, dah start sunyi. Untuk pengetahuan, sebelah pantai timur Pahang ( bermula dari Kuantan)  hinggalah ke Teluk Ramunia, kepadatan penduduk memang kurang. Tak sepadat di kawasan Kuantan, Terengganu hingga Kelantan.

Ok sambung balik.

Di sepanjang perjalanan dari JB ke Teluk Ramunia, hujan selebat-lebatnya. Memanglah sekarang ni kan dah masuk musim tengkujuh. Tu la gatal-gatal lagi berjalan masa musim tengkujuh. Siapa suruh?


Bila dah sampai kawasan Teluk Ramunia tu hujan on off. Kebetulan nampak masjid bumbung warna biru bentuk seakan masjid di Turki. Singgah sekejap untuk buang apa-apa yang patut, kemudian sambung perjalanan dan cari port untuk bergambar sepuasnya.




Nampaklah satu kawasan yang ada lorong-lorong kecil menuju ke pantai. Rupanya tak jauh dari Hotel Amerald. Hotel ni saya hampir book tapi cancel sebab keadaan dia yang terlalu sunyi dan kurang orang. Walaubagaimanapum untuk orang yang sukakan suasana tenang dan damai, jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar, hotel ini sangat sesuai untuk anda.



Ok sambung balik. Kami park tepi jalan dan jalan kaki untuk ke pantai. Banyak pokok kelapa di kawasan ini. Saya memang suka sangat pemandangan macamni. Rasa tenang je tengok. Tapi tak best sikit sebab banyak sangat sampah.






















Kawasan ni banyak sampah bukan sebab orang buang kat pantai tau tapi sampah-sampah yang datang dari lautan luas dan dibawa ombak lalu terdampar di pantai Malaysia.

Macam mana tahu sampah datang dari laut? Sebab nampak banyak plastik-plastik dari luar negara. Bukan produk Malaysia. Ada plastik yang tulisannya bahasa Thai.


Sedih sebenarnya. Inilah punca banyak haiwan laut mati tercekik plastik kerana pencemaran sampah yang  terlalu dasyat di lautan.

Dah puas selfie dan bergambar, suami decide nak naik atas, ke Tanjung Sedili. Asalnya nak pergi sampai Tanjung Balau. Alang-alang dah sampai jalan je terus, nanti nak balik JB, ikut laluan Kota Tinggi-Ulu Tiram.

Perjalanan kami dari Teluk Ramunia  ke Tanjung Sedili

Teluk Ramunia yang sunyi dan tenang


Tak banyak kereta


Bersambung...

No comments:

Post a Comment