Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 3 September 2019

Pengalaman menginap di Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka

Kami menginap di Pantai Puteri Hotel, Tanjung Kling Melaka beberapa bulan yang lepas. Ini  hotel yang berada di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Melaka dan Jawhar ( Yayasan Waqaf Malaysia). Ini bermakna hotel ini didirikan di atas tanah waqaf.


Berhadapan dengan Pantai Puteri. Nama lama bagi Pantai Puteri ialah Pantai Kundur.

Kami memilih bilik yang ada dua katil single. Cukuplah untuk kami keluarga kecil ni. Alhamdulillah dapat bilik yang mengadap pantai dan jalan utama. Tapi pemandangan pantai tak nampak sangat sebab pantai penuh dengan pokok rhu.

Ulasan saya untuk hotel ni, bagi saya ia sederhana, tidak mewah tapi selesa. Berpadanan dengan harganya.



Basic amenities semua ada. Kettle, cawan, minuman 3 in 1,  penghawa dingin berfungsi dengan baik, televisyen, toilettries, penyangkut baju dan lain-lain. Cuma yang tak berapa selesa, bau rokok yang melekat. Staff cakap bilik tu dihuni selama dua minggu oleh seseorang.



Harap selepas ni hotel dapat wujudkan peraturan tidak boleh merokok di dalam bilik. Kalau nak merokok, sila merokok di luar bangunan. Boleh gitu? :D

Hotel ni berdekatan dengan medan selera dan gerai makan. Tapi kedai runcit agak jauh. Kami terpaksa jalan jauh sikit untuk beli roti dan biskut untuk di bawa masuk ke dalam bilik...  Ataupun sebenarnya kedai runcit ada berdekatan, tapi kami yang tak tahu? Next time kalau datang lagi kena survey dululah gamaknya.

Ada juga saya nampak restoran yang pernah viral di media sosial macam Malaqat Berkat Roti John. Tak jauh dari hotel ini.

Jika anda mahu berjalan-jalan di Melaka dan mencari penginapan yang berhampiran pantai, saya cadangkan hotel ini. Di samping menyokong hotel yang diusahakan oleh agensi muslim. Ada juga homestay seperti Qashrina Chalet, di kawasan yang sama.

Kalau mana-mana institusi nak buat seminar atau kursus, hotel Pantai Puteri mempunyai bilik seminar, bilik mesyuarat dan banquet hall.


No comments:

Post a Comment