Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 27 December 2019

Pengalaman menginap di Hotel The Light Seberang Perai Pulau Pinang

Semasa kami di Hotel Pulau Pinang tempoh hari, kami tak menginap di bahagian pulau kerana hotel dah penuh di booking. Kalau ada yang kosong pun , hotel tu tak best pada saya. Kan saya dah pernah cakap dalam entry-entry sebelum ni, yang saya memang cerewet bab penginapan hotel.

Tak kisah hotel budget sekalipun yang penting ada review yang bagus dari penginap, lokasi ok, takde cerita negatif macam kisah seram atau ada pepijat. Takde breakfast pun takpelah. Yang penting hotel tu ok. Ahaha.

Ok ni hotel The Light. Harga dia agak mahal pada saya tapi tak semahal Lexis Port Dickson dan Grand Lexis. Pada saya still affordable la untuk harga 1 malam ( habis duit tabungan ku kahkah).


Apa yang buat saya tertarik nak menginap di sini ialah lokasi dia tak jauh dari jambatan pertama Pulau Pinang, breakfast percuma, hotel baru dan of course review yang mereka dapat kebanyakannya bagus-bagus dan score yang tinggi iaitu 8.0++ ( excellent).

Saya request bilik yang tinggi dan non smoking. Mula-mula cuak jugak kalau dapat bilik dengan view yang tak best sebab dalam dia tulis pool view.  Saya mengharapkan pemandangan bandar yang luas terbentang.

Cuak cuak pun, dalam booking saya request level yang tinggi dengan harapan diorang penuhi permintaan saya.

Alhamdulillah kami dapat tingkat 10. View memang awesome sangat.

Bilik luas, semua amenities cukup, perabot baru dan interior design konsep moden.

Saya memang suka design moden. Maaflah memang tak minat hotel yang guna konsep pelik macam konsep Bali ke, konsep fairytale ke, konsep klasik pun tak suka. Rasa seram semacam!

Bilik dia memang besar, nak solat pun selesa.

Jom tengok gambar.

Taraa..!!

Pengalaman di hotel the light pulau pinang











Jom tengok view dari bilik pula.

Walaupun bilik ni kategori pool view (pool memang boleh nampak dari bilik kami) tapi disebabkan bilik kami ni berada di level yang tinggi, jadi boleh nampak pemandangan bandar. Ada view  pulau (sebahagian saja) dan bandar Seberang Perai.

Suasana petang


Bangunan yang tinggi  warna kuning tu Hotel Sunway.





( Suasana pagi sebelum check out)




Suasana senja




Malam tu lepas makan malam di kawasan kedai berhampiran, suami ajak pusing-pusing Pulau Pinang. Waktu ni jem masih ada lagi sikit walaupun tak teruk. Hari yang kami pergi tu hari berkerja. Pulau akan jem sekitar waktu petang lepas tamat waktu berkerja dan betul- betul clear dalam pukul 10 malam.

Nak masuk lorong kecil macam Jalan Lebuh Chulia, Jalan Lebuh King pun takde masalah. Saya sempat singgah restoran Kapitan, Lebuh Chulia untuk beli susu badam. Take away je, tak minum sana pun. Sedap jugaklah. Diorang serve susu badam ni panas- panas. Nampak kuali besar yang diorang guna untuk buat susu badam tu. Berasap kualinya.

Lepas pusing-pusing lebih kurang 1 jam, kami pun balik hotel semula.

Jambatan ada jem sikit sebab ada construction. Tapi tak lama pun.

Esoknya breakfast. Banyak pilihan sampai tak termakan semuanya. Boleh tahan sedap jugalah.

Lepas makan, naik lif dan singgah area yang ada pool. Kat sini lupa pulak nak ambik gambar. Banyak juga family bercuti time ni. Anak saya tak minat mandi swimming pool. So memang dia tak minta nak mandi pool pun. Lebih kurang 15 minit kemudian, kami naik atas dan bersiap-siap untuk checkout.

Saya memang recommend hotel ni kalau korang bercuti di Seberang Perai. Insha Allah, puas hati.

Boleh booking hotel ni di sini The Light Hotel Penang

No comments:

Post a Comment