Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 11 December 2019

Jalan jalan Kampung Agong, Bakar Kapor Penaga Pulau Pinang

Beberapa hari yang lepas sempena cuti sekolah hujung tahun, kami sekeluarga ke Kampung Agong Bakar Kapor Penaga Pulau Pinang. Tempat ini pernah viral beberapa bulan lalu. Kebetulan waktu tu kami menginap di Seberang Perai, kami ke tempat ini. Tak jauh pun dari hotel. Terletak di daerah Penaga. Atas sikit dari Butterworth.

Ini gambar sepanjang perjalanan dari Seberang Jaya ke Penaga.

Bandar Georgetown nun di sana

Masya Allah sejuk mata memandang






Sebelum sampai ke Homestay kami tersesat sedikit, terlajak hingga hampir ke sempadan Kedah, Kuala Sungai Muda.

Kemudian bila reroute semula, rupanya kena masukkan perkataan Homestay Kampung Agong Bakar Kapor. Haa barulah jumpa.

Bayaran masuk ke Homestay Kampong Agong ini ialah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.



Apa yang saya boleh katakan, tempat ini sangat cantik. Persekitaran kemas dan terjaga. Ada banyak check point dengan latar belakang yang indah dan menarik untuk sesi fotografi.

Antara checkpoint yang ada, sarang burung, buaian, piano, rumah kampung melayu, basikal, kolam kecil dengan pokok teratai dan macam-macam lagi.

Tapi kami taklah pergi ke semua checkpoint tu. Sebab orang agak ramai dan kena beratur untuk bergambar.

Suasana sangat tenang di sini. Gabungan warna sawah padi yang menghijau, langit yang membiru, taburan pokok-pokok kelapa yang menjulang tinggi, menghasilkan pemandangan yang sangat indah.





















Tips untuk/ bila ke sini.

1. Guna google maps atau waze.

Masukkan kata kunci Homestay Kampung Agong Bakar Kapor. Word homestay tu kena ada. Kalau tak, agak susah nak cari.

2. Toilet disediakan. Dekat dengan kaunter bayaran. Sebelum explore lebih jauh dalam kawasan ni, kalau ada rasa nak buang air tu buang siap-siap sebab setahu saya ini satu-satunya toilet yang ada. Kalau dah pergi sampai ke hujung kawasan homestay, yang ada piano tu, jauh tau. Kawasan ni besarnya boleh tahan.


No comments:

Post a Comment