Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 1 January 2020

Ikan bakar di Seoul yang halal dan dimasak sendiri oleh muslim

Kalau datang Seoul, orang cakap antara menu yang pelancong Malaysia kena cuba, ikan bakar. Antara tempat yang famous menyediakan ikan bakar ni, area Dongdaemun. Semasa saya dan keluarga ke Seoul tahun 2014, kami pernah makan di area tersebut.

Sedap memang sedap. Dengan side dish dia, dengan sambal sotong dia tu. Tapikan dalam beberapa bulan lepas baru tahu yang kedai yang kami pergi tu, turut menyediakan hidangan babi.


Memang terkejutlah sebab kami pergi sana pun selepas membaca recommendation dri blogger-blogger.

Kita ni kalau boleh biarlah menjaga halal dan haram makan minum sedaya upaya yang mampu. Kalau tiada pilihan tu lain ceritalah.

Di Seoul, dah banyak restoran yang halal, macam Kampungku, kedai kebab, Nasi Lemak D Seoul. Dan yang terbaru, satu usaha yang sangat baik dari anak Melayu Malaysia yang menetap di Seoul, Tapau- The Halal Dosirak.

Dan satu usaha yang perlu dipuji, mereka juga menyediakan hidangan ikan bakar (mackerel) sebagai alternatif untuk muslim yang teringin sangat nak cuba ikan bakar di Seoul.

Perkhidmatan mereka jenis food delivery, jadi mereka boleh hantar terus ke guest house dan mana-mana pit stop yang customer tentukan.

Selain ikan bakar, ada macam-macam menu lagi.

Ikan bakar halal di seoul dimasak oleh muslim








Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh terus ke FB Page mereka Tapau-The Halal Dosirak

==========

Anda merancang bercuti secara sendiri tanpa agen ke Korea Selatan? Kami cadangkan Naracards sebagai salah satu travel tool  anda di sana. Disediakan dalam bentuk bussiness card supaya senang dibawa dan digunakan.

Senang nak cari destinasi, kenalpasti station dan subway yang anda perlu naik. Klik sini untuk maklumat lanjut.

>>>Naracards Seoul travel tool<<<

No comments:

Post a Comment