Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 22 February 2016

Tips jika anak kena cucuk kerana jaundice?

Saya nak cerita sedikit tips sekiranya anak kena cucuk kerana jaundice 
berdasarkan pengalaman Sumayyah yang pernah terkena masalah tersebut seawal dua hari selepas lahir. 

Sumayyah terkena jaundice ni semasa kami berada di hospital, 
kebetulan waktu tu saya dan Sumayyah kena tahan selama 3 hari 
kerana ketuban bocor awal sebelum bersalin. 

Saya rasa syukur sangat  bila Sumayyah didapati terkena jaundice,  kami pada waktu itu memang berada di hospital, doktor dan nurse selalu round dan mereka boleh kenalpasti apa-apa masalah seawal yang boleh. Jadi rawatan boleh dimulakan sesegera yang mungkin. 


Saya ada buat bacaan sedikit tentang jaundice. 

Jaundice yang saya maksudkan bukan prolonged jaundice
 yang ada kaitan dengan susu badan. 

Berdasarkan penerangan Dr Azwan di blognyaNeonatal Jaundice dan Perawatannya,
punca terjadi jaundice kerana dua sebab 
iaitu kerana sel darah merah bayi tak sama dengan sel darah merah dewasa.  


Jadi sel darah merah bayi cepat terurai dan jangka masa hayatnya pendek.
Oleh kerana itu, bilirubin meningkat pada hari ketiga dilahirkan. 

Yang kedua kerana hati bayi belum cukup matang 
dan ini menyukarkan hati bayi untuk menukarkan bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. 


Jaundice berbahaya jika tidak dirawat. 

Walau nampak macam penyakit yang biasa dialami bayi tetapi jika tidak dirawat bayi  boleh mengalami kecacatan, lumpuh pekak dan buta atau paling teruk meninggal dunia. 

Serum bilirubin yang tinggi boleh menembusi lapisan otak dan menyebabkan kernicterus. 

Memang dah ada kes bayi  yang meninggal dunia kerana kernicterus ni ya.


gambar hiasan







                                Apa yang kita ibu-ibu perlu buat jika anak terkena jaundice?


1. Bawa bertenang.

 Jangan risau, jangan sedih. Jaundice ni masalah yang selalu dihadapi bila bayi lahir. 

Bertenanglah kerana jaundice ada rawatan, dengan izinNya.

2. Bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan. 

Klinik kesihatan ada prosedur dan kaedah 
yang boleh mengukur serum bilirubin dalam darah bayi. 








3. Dapatkan nasihat doktor.

 Doktor dengan kepakaran dan ilmunya insya Allah boleh beri nasihat cara yang terbaik untuk merawat anak anda. 

Pengalaman saya sendiri, Sumayyah diberi rawatan fototerapi selama berterusan. 

Dalam masa 3 hari jaundice sembuh sepenuhnya. 


Saya bukan nak perkecilkan usaha anda sekiranya nak mencuba rawatan sendiri seperti beri bayi minum susu kambing atau anggur hitam, 

apa-apa yang anda nak lakukan, dapatkan nasihat doktor dahulu ya. 

Utamakan pandangan doktor. 

Ada beberapa kes yang saya pernah dengar, 
ibu beri bayi anggur hitam, keadaan jaundicenya makin teruk. 

Susu kambing pula dikhuatiri tidak bersih dan tidak bebas kuman, lebih-lebih lagi bayi lahir sistem imun mereka tidak kuat. 



4. Bila anak menerima rawatan, kuatkan dan cekalkan hati

Saya faham jika ada ibu-ibu yang tak sampai hati bila anak kena cucuk. 

Setiap kali kena fototerapi mesti akan diambil darah untuk pemeriksaan serum bilirubin kan? 

Emosi ibu sangat kuat sehinggakan kalau boleh taknak anak kena cucuk. 

Ibu mana yang tak sedih?

Saya sendiri dengan Sumayyah yang pernah kena jaundice,
 kerap ambil darah untuk cek serum bilirubin dia, 
lepastu warded lagi di nicu selama 21 hari kerana jangkitan kuman, 

penuh cucuk sana sini, intubation lagi, iv drip untuk antiobiotik lagi. 

Saya tahan ke tengok dia kena cucuk sana sini? 
Mana ada! 

Saya selalu menangis tau bila Sumayyah balik dengan bengkak tangan sebab kena cucuk dengan jarum. 

Saya ada cerita sedikit pengalaman anak saya masuk nicu di sini Pengalaman menemani anak di NICU

Sampai sekarang pun setiap 3 bulan kami akan ke klinik pediatrik Hospital Serdang untuk ambik darah dan air kencing. 

Dia dengan jeritan yang boleh menggegarkan klinik pediatrik Hospital Serdang, hati saya  tersiat-siat bila dengar. 

Tapi saya pegang betul-betul kata-kata dari suami saya dan bapa saya "biar dia suffer sekejap sekarang dari dia suffer lebih teruk masa akan datang sebab tak terima rawatan yang betul". 

Cuba tengok emosi lelaki, mereka lebih rasional berbanding wanita. Hehe


5. Susukan bayi sekerap dan sebanyak mungkin 

Bila bayi terkena jaundice, susu ibu Insya Allah dapat membantu penyembuhan bayi anda. 

Waktu baby terkena jaundice ni, mereka akan banyak tidur, jadi kejutkan dan susukan bayi. 

Berdasarkan penerangan Doktor Zubaidi di blognya,  

penyusuan susu ibu boleh menggalakkan  pergerakan usus dan meningkatkan pengeluaran bilirubin dalam najis. 

Jadi susukan bayi sekerap yang boleh. 


6. Banyakkan berdoa

Perbanyakkan berdoa kerana doa seorang ibu sangat mustajab. 

Dan bila berdoa, yakinilah ia dimakbulkan. 

Berdoa dengan yakin,  pernah saya cerita tentangnya di sini 


Itulah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan 

Mudah-mudahan dapat membantu ibu yang sedang susah hati

 kerana anak yang sedang menghidapi jaundice. 


==========================


Anda sedang mencari ilmu tentang penyusuan susu ibu?

Dapatkan buku yang menarik ini





klik sini



Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu




No comments:

Post a Comment