Saya meLUAkan anak yang demam

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip

Saya nak ceritakan kisah bagaimana saya meLUAkan anak saya yang demam. Apa itu LUA? LUA ialah Law of Universal Attraction atau Hukum Tarikan Universal yang menjelaskan, 'sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama akan menarik satu sama lain, menuju kepada satu tarikan yang universal'.
Siapa pula Universal Attractor? Allah SWT.



Sebenarnya saya dah lama tahu tentang LUA ini menerusi pembacaan, buku Law of Universal Attraction Magnet Kebahagiaan karangan Tuan Zuhairi Nopiah dan Tuan Amin Idris. Saya baca buku ini, di mana kupasannya tentang LUA sangat menarik. Saya tak ingat bila saya beli buku ini, yang pastinya saya ada juga amalkan bila menghadapi masalah tertentu dalam kehidupan saya. Allahuakbar, setakat pengalaman saya menggunakan teknik LUA, apa yang saya doa kebanyakannya dimakbulkan. Antaranya semasa mencari barang yang hilang, mencari parking kereta di tempat yang sangat sesak dan mustahil untuk jumpa parking kosong (biasanya peak hour), pernah juga pengalaman saya kunci bilik hostel hilang, saya menggunakan kunci kawan saya untuk membuka pintu bilik dan ia berjaya (mustahil kan, tapi bila Allah menghendaki tiada apa yang mustahil), dan macam,-macam situasi lagi. Bagaimana saya lakukannya? Saya akan berselawat sebanyak-banyaknya non stop sehingga masalah itu selesai dan meyakini yang Allah mendengar doa saya dan pasti memakbulkan doa saya.






Kisah anak saya demam

Semalam anak saya muntah-muntah. Masa tu saya tak pasti apa punca sebenar anak saya muntah. Lepas muntah, tak lama lepas tu dia demam dengan tiba-tiba dan suhu badan naik mendadak. Dari 36.5, setengah jam kemudian naik 36.9 (masa ni rileks lagi sebab belum demam), dan setengah jam kemudian naik terus tinggi, 38! Bila suhu naik mendadak dan tinggi pulak tu, tak syak lagi, ini mesti ada jangkitan kuman di bahagian perutnya. Setiap kali menyusu je mesti dia muntah. Badan nampak lemah dan Sumayyah melepek je. Tak berapa aktif tak macam sebelum ni. Waktu tu dia macam dah takde tenaga dan tak berminat menyusu. Hati saya dah risau, menyusu pun tak berapa nak, macamne nak baik ni? (dalam susu kan ada antibodi). Dalam pada tu saya basahkan kepala dia dan letak cool fever. Sebab asik muntah je, berapa kali juga tukar baju sampai dah takde baju nak pakai. Saya dah niat, kalau esok pagi dia masuk belum baik demam dan muntah berterusan saya nak bawa dia pergi hospital.

Bila anak demam, hati rasa tak tenang dan saya tak boleh nak lelapkan mata. Tiba-tiba terdetik di hati saya, nak gunakan teknik LUA. Saya usap-usap kepala Sumayyah diiringi selawat tanpa henti, doa dalam hati Sumayyah semakin sihat, sambil-sambil tu saya bayangkan yang esoknya dia dah sihat, senyum, aktif macam biasa dan gurau-gurau dengan saya seperti selalu. Saya visualize berulang-ulang kali malam itu, dengan yakin dan percaya yang Allah sedang mendengar  dan pasti memakbulkan doa saya itu.  Sumayyah waktu tu tidur dalam keadaan seperti tak bermaya. Biasanya dia tidur agak lasak. Selepas setengah jam, dia muntah sekali lagi dan saya teruskan visualize, selawat dan doa. Alhamdulillah, tak lama lepas tu dia nak menyusu dan ajaibnya, kali ni dia tak muntah pun masa menyusu. Masa menyusu saya doa yang antibodi dalam susu lawan kuman-kuman yang ada dalam perut dia tu. Saya bayangkan yang Sumayyah semakin sembuh dengan asbab susu badan saya. Berdebar jugak takut dia muntah sekali lagi. Allahuakbar, lepas menyusu, dia sambung tidur dan lepas tu memang takda muntah-muntah lagi.

Alhamdulillah, esoknya, saya dapati demam Sumayyah dah kebah. Selesai dua perkara yang saya doa dan LUA kan malam tadi, demam dan muntah-muntahnya sembuh. Sumayyah aktif balik macam sebelum-sebelum ni.

Masa di ceramah haritu, Tuan Zuhairi Nopiah ada sebut, masa anak (atau diri sendiri) mula nak sakit dan demam, cepat-cepat tukar mind setting atau ayat "anak aku mula nak demam", kepada "anak aku dalam proses penyembuhan".

Percayalah hasil daripada sangkaan-sangkaan yang baik itu,  ajaib. Subhanallah. Tapi, ia kena seiring dengan usaha. Kalau dah sakit yang teruk, takkan nak tunggu. Mesti bawa jumpa doktor; Itulah namanya usaha seiring doa dan tawakkal.

LUA ini memang ada dalam ajaran Islam. Kalau kita perhatikan akhlak dan adab dalam Islam ada ditekankan tentang sangka baik, berkata yang baik-baik, sabar, bersyukur dan lain-lain.  Itu semua tarikan positif yang akan menjadikan kebahagiaan dan kejayaan semakin menghampiri kita. Apa yang kita sangka itulah yang kita akan dapat. Betulkan? Allah SWT juga berfirman dalam Hadis Qudsi,


Hadis Qudsi


Kesimpulannya kalau nak perkara yang baik-baik datang pada kita kenalah fikir, sangka dan kata yang baik-baik. Jom amalkan LUA untuk perkara-perkara kebaikan saja. Syarat untuk LUA mestilah yakin dan percaya. Mulai dari sekarang jom kita tarik kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita. Berusaha! :)
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
30 May 2014 at 22:26 delete

Hafni demam sekarang ni, hari ketiga.
semalam siang, dah tak panas dah.
tp mlm td, panas semula. malam ni melarat lg.

selalu jgk dok niat2 mcm tu, xtau plak ada LUA ni, ehhhh
TQ kak sab.

Reply
avatar