Ads Top

Naracards Seoul Set

Bercuti di Korea Musim Bunga Day 3

Sambungan dari sini Bercuti di Korea musim bunga day 2.

Day 2,  Tarikh 13 April 2015

Sakit Kaki

Hari ketiga di Seoul Korea, kaki saya mula rasa sakit yang amat sangat. 

Sebab semalamnya berjalan dan nak tangga turun tangga terlalu banyak. 

Masa ni duk fikir banyak kali patutkah saya ikut family saya jalan-jalan di Seoul?
Sebab saya memang tak daya nak jalan. 

Kaki terasa berat dan sakit tersangat-sangat lebih-lebih lagi bila nak naik tangga dan turun tangga. 

Jadi saya minta excuse pada mak saya tak nak ikut jalan. 
Apa lagi, mak tak setuju. Katanya datang jauh-jauh tapi duduk guest house je. 

Mak suruh saya berdoa banyak-banyak supaya kaki lega. 

Oleh kerana saya sakit kaki dan anak saya kena cirit birit pulak, 
maka kami lewatkan sikit aktiviti jalan-jalan pada hari ni. 

Sumayyah saya beri minum nutriferon 1 sachet, dan alhamdulillah lepas sejam dia tak cirit birit. 

Saya pulak, gigihlah pergi carik ubat untuk legakan kaki saya ni. 

Mujur abah pun memang ada beli ammeltz yoko-yoko, 

jadi saya gunakan ammeltz yoko-yoko dan beli patch for muscle pain di farmasi yang berdekatan. 




Jalan-jalan Insadong

Lepas zuhur kami keluar dan destinasi yang kami tuju, Insadong. 
Mak nak beli souvenir katanya. 

Insadong memang terkenal dengan pusat souvenir di Seoul ni. 

Banyak pilihan kat sini. Tapi harganya agak mahal. 

Kat sini pun banyak bangunan lama-lama. 

Bangunan di sini jadi tarikan pelancong kerana senibina tradisional zaman dahulu kala yang dikekalkan hingga hari ini.


bercuti di korea




di Insadong

bercuti di korea


Lorong-lorong di Insadong


bercuti di korea


Ada restoran di sini








Kedai menjual souvenir








Insadong. Nampak tak bangunan lama-lama tu?



Berteduh dari cuaca buruk

Tak lama lepas kami sampai di Insadong, cuaca semakin sejuk dan langit nampak semakin gelap. 
Cek kat internet, rupanya suhu lebih kurang 5. 

Patutlah sejuk sangat, dan saya dah siap-siap bawakkan sarung tangan untuk Sumayyah takut dia tak tahan. 

Juga pakaikan dia jumper yang dibuat dari bulu kambing biri-biri. Baju warisan abang saya sejak kecik. 

Mak kata baju bulu biri-biri bagus untuk cuaca sejuk sebab fungsi dia memerangkap haba seterusnya elak badan dari kesejukan. 

Tak lama lepas tu, kami bergerak ke menuju ke Dongdaemun pulak untuk makan ikan bakar. 

Yang mastermind mencari tempat ikan bakar yang terkenal di Dongdaemun ni adik saya. 

Cari punya cari, tak jumpa dan kami sesat pulak.  

Hujan mula turun, tempat terdekat untuk berteduh, di underground shopping center berdekatan kawasan Dongdaemun. 

Dan underground shopping center ni bersambung terus dengan shopping mall. Boleh naik lif atau escalator. Adik saya naik atas tengok apa jadi kat luar. 

Rupanya tengah ribut dan hujan lebat.  

Nampaknya terbantutlah hasrat kami sebab hujan turun agak lama dan agak lebat. 

Kami tunggu saja di shopping mall tu sampai hujan reda. 

Sementara tunggu tu sempatlah minum kopi, jalan-jalan cuci mata tengok winter coat yang cantik-cantik. 



di Dongdaemun History and Culture Park. Atas dia ada shopping mall.  Tunggu hujan reda sampai nak maghrib



Tunggu punya tunggu, dah nak masuk maghrib. 

Nampaknya hasrat nak makan ikan bakar terpaksa ditangguhkan ke esok hari. 

Memandangkan dah gelap, kami decide ke guest house terus. 

Makan malam semua kat guest house jelah. 
Huhu sedih jugak. 

Tapi nak buat macam mana, Seoul memang selalu hujan. 

Jadi siapa-siapa yang berhasrat nak datang sini, 

kena bersedia dengan cuaca di sini atau kalau nak elak masalah seperti yang kami hadapi ni, 
travellah dengan tour guide atau travel agency 

untuk elak sesat dan seterusnya mereka boleh guide anda naik kenderaan
yang mereka sediakan atau cadangkan.



============


Anda merancang untuk bercuti di Korea?

Saya ada cadangan cara yang boleh bantu anda travel sendiri ke Korea Selatan dengan lebih mudah dan jimat.

Ia merupakan kad panduan yang berkonsepkan seperti bussiness cards yang mempunyai informasi tempat-tempat menarik di Seoul , Busan dan Jeju.

Contoh kalau anda nak ke Cheonggye Plaza dengan menaiki subway (rujuk gambarajah di bawah), di dalam kad ada tertulis Subway Line 5 yang anda perlu naik dan berhenti di stesyen Gwanghamun exit 5.


Stesyen subway ada banyak exit. Kalau tak hati-hati, kita boleh tersesat.

Jadi kena ada maklumat yang mencukupi sebelum travel ke Seoul.
Memang memudahkan anda, sebab tak payah rujuk di map besar di stesyen subway!

Hanya rujuk kad yang ada di tangan anda saja.


Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut: 



Naracards Seoul Set





3 comments:

  1. hehe..ciktom pun pernah gi korea mei 2015...rindu pulak nak gi lagi..tapi memang part sakit kaki tu..memang terseksa sangat hari2..tapi gagahkan diri jugak nak berjalan..tampal koyok dan sapu macam2..haha..

    frust xgi pun makan ikan bakar kat dangdaemun sbb ada sekali dgn trip tu xnak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mei 2014..bukan 2015.. :)

      Delete
    2. Rupanya cik tom pun ada pnglmn sakit kaki jgk ms brcuti di korea. Kna gagahkn diri jgklah. Bkn dpt dtg selalu kn

      Delete

Powered by Blogger.