Bercuti di Korea musim bunga Day 2

sambungan dari entry  sebelum ni Pengalaman bercuti di Korea musim bunga day 1

Hari kedua ni, pagi-pagi lagi kami dah siap-siap sebab nak sarapan kat luar. Ceh, buat macam kat Malaysia pulak ye. Macamlah nak senang nak dapat makanan halal kat luar tu kan? Haha. Pikir punya pikir, kami decide nak sarapan kat Itaewon. Dah tu je satu-satunya kawasan yang banyak restoran makanan halal. First time di subway station, tengok kat map untuk cari route ke Itaewon. Ala macam route map yang kita nak tengok bila nak naik LRT tu. Kat setiap station LRT ada.  Satu hapah pun kami tak paham. Hahaha. 

Oleh kerana wajah kami penuh kebingungan dan ada sorang wanita Korea perasan dengan kebingungan kami yang tak faham baca route dan tak reti nak beli tiket, maka dia pun dengan baik hatinya datang tolong. Dia pandai cakap english. Memang satu rahmatlah sebab sebelum-sebelum ni, kalau tanya mana-mana orang Korea dalam English memang diorang susah nak faham. Macam cakap antara ayam dan itik. Ok berbalik pada wanita Korea tadi, dia tolong belikan tiket dan tolong kami cara baca route kat signboard tu.

 Dah selesai tu, kami ucapkan terima kasih banyak-banyak atas pertolongan dia tu. Orang Korea memang suka tolong orang, walaupun kadang-kadang tu diorang tak faham kita cakap apa, sedaya upaya dia akan cuba tolong jugak. Taknak pisang berbuah dua kali (bingung sebab tak faham dan susah nak beli tiket), maka kami decide beli T-money. Senang. Tak payah pening-pening. Macam TouchNGo Just swipe je bila nak pergi mana-mana. Saya ada cerita tentang T-money di entry ini Tips bercuti di Korea Part 1.

Dah sampai Itaewon, dari tangga subway tu, naik atas je, terus nampak kedai kebab. Kedai tu je yang dibuka. Tak ingat apa nama kedai tu. Mr Kebab kot. Kedai lain belum bukak lagi sebab masih awal lagi. Rupanya kedai ni, pekerja-pekerja dia dari Turki.  Sedap jugak kebab dia. Tapi harga mahal sikit la.  Saya cari-cari juga masjid Itaewon, tapi tak nampak pulak. Bila dah sampai Malaysia, baru tahu belakang bangunan kedai kebab yang kami singgah tu, naik atas bukit sikit akan jumpalah masjid tu. Rugi pulak rasanya tak pergi masjid Itaewon. 


Dah selesai makan, bincang-bincang semua, buat keputusan taknak naik subway. Kami naik bas hop on hop off, warna merah. Kat badan bas ni tulis SEOUL CITY TOUR. Bas akan berhenti di setiap tourist spots di Seoul, dan akan datang setiap 20 minit untuk ambil dan turunkan penumpang. Nak naik bas ni kena beli one day pass. Dia akan pusing selama 2 dua jam. Harga one day pass untuk dewasa 10,000 won (lebih kurang RM30), kanak-kanak 8,000 won (lebih kurang RM24).

Anda boleh dapatkan maklumat tentang perjalanan bas hop on hop off tu di sini ya Seoul City Tour Bus Hop On Hop Off.

Destinasi pertama kami, Namsangol Hanok Village.

Lebih kurang macam museum tentang perkampungan tradisional rakyat Korea zaman Dinasty King Joseon. Ada 5 buah rumah tradisional. Ada sesetengah rumah yang diletak barang-barang antik macam pakaian, peralatan harian, perabot dll. 




My sis n my mom


Kat sini pun ada kolam dan anak sungai yang jernih airnya.  


Kiranya macam bila kita datang sini,  akan rasa oh, macamnilah suasana perkampungan tradisional orang Korea zaman dulu-dulu. Boleh baca  maklumat lanjut tentang tempat ini di sini Namsangol Hanok Village.



Destinasi ke dua, Namsan Park

Namsan Park terletak di atas bukit di mana terletaknya namsan Tower Kalau nak pergi sini, sama ada anda berjalan kaki, atau naik bas atau naik cable car. Saya sekeluarga naik bas hop on hop off tulah.  Bila dah sampai atas, pemandangan bandar Seoul boleh dilihat dengan jelas. Cantik pemandangan kat sini. Kami lepak sini dalam lebih kurang 40 minit. lepastu tunggu bas lain datang pulak. Sepanjang jalan masa nak naik atas bukit tu, nampak ramai je jalan kaki. Hebat betul diorang ni. Gagah tu jalan kaki walapun jauh. Orang Korea kan memang suka jalan kaki. Agaknya kacang jelah kot bagi diorang. Kalau saya, memang taklah.. Haha

Jalan menuju ke Namsan park+ Namsan Tower. Orang Korea jalan kaki ke. walau jauh.
Sumber foto englishspectrum.com

sumber gambar: trazy.com


Pemandangan Seoul dari atas bukit Namsan. sumber gambar: www.alamy.com






Destinasi ke tiga, Gyeongbokgung Palace

Masa sampai sini, sempat tengok upacara pertukaran pengawal. Memang menarik sangat upcara ni. Sebenarnya upacara ni gimik je untuk tontonan pelancong. Yelah, bukan ada sape-sape pun duduk Istana tu lagi. Saje buat sebagai tourist attraction. 





Upacara pertukaran pengawal


Istana ni dibina tahun 1395. Pernah sekali musnah sebab perang masa zaman Jepun menjajah Korea tahun 1592. Jepun yang rosakkan istana ni. Lepastu dibina semula pada zaman King Gojong tahun 1852-1919. Kesian kan diorang. Banyak sebenarnya bangunan bersejarah tapi banyak yang dah rosak dan hancur sebab penjajahan Jepun. Boleh baca lanjut tentang istana ini di sini Gyeongbokgung Palace  dan Royal Palace.


Lepas pergi Gyeongbokgung Palace, kami decide balik guet house terus sebab masing-masing pun dah penat. Kami tak boleh jalan sakan tak hengat dunia sebab ada kanak-kanak kecil yang dibawa bersama juga mak dan abah yang tak berapa larat nak jalan banyak-banyak. 

=================================

Cadangan buku panduan ke Korea I'm a Backpacker Korea







Previous
Next Post »