Pengalaman Bercuti di Korea Pada Musim Bunga: Day 1

Sambungan dari sini Pengalaman Bercuti di Korea Pada Musim Bunga.

Saya nak cerita pengalaman bercuti di Korea, Day 1 tarikh 11 April 2015

Maaf sebab skip-skip dengan entry lain. Bila dah sampai lapangan Terbang Incheon, gedebak gedebuk semua (beratur kat kaunter imigresen, tunggu bagasi dll), tibalah masanya berangkat ke tempat penginapan pulak. Keluar je dari airport, angin dingin sepoi-sepoi menyapa. Tapi tak sesejuk masa pergi Beijing bulan 12. Itu memang winter. Dan waktu ni di Korea, musim spring, haruslah tak sesejuk winter kan? 

Kami naik bas airport limosine. Destinasi kami Wangsimni. Perjalanan ambik masa dua jam jugak kalau tak silap saya. Saya siap tertidur-tidur dalam bas. Ingatkan dekat je Wangsimni tu. Jauh jugak ya. Incheon dan Seoul dua bandar yang berbeza. Kami dari Incheon nak bergerak ke Seoul. Seoul ibu negara bagi Korea Selatan. 

Driver bas memang pakai smart. Kemeja putih, seluar sut hitam dan tali leher siap. Takkan jumpa kat Malaysia, hahah. Bila nak masuk highway, driver bas bangun dan datang kat saya dan pesan suruh pakai tali pinggang keledar. Whoaa, macamne dia tahu saya tak pakai tali pinggang? Ini mesti dalam bas ni ada signal yang bagitahu driver bas tu saya tak pakai tali pinggang kan. Saya jakun. Bas Malaysia, mana ade pakai tali pinggang dalam bas. Maaf bukan nak banding-bandingkan, sebagai traveller, saya memang jakun kalau ada jumpa benda baru yang takda di tempat saya sendiri. 


bercuti di Korea
Bas yang selesa, kerusi besar dan canggih



Pemandangan di kiri kanan jalan sangat cantik. Dah mula nampak bunga-bunga berkembang mekar terutamanya cherry blossom. Inilah yang saya tunggu-tunggu. Dah lama nak tengok secara live cherry blossom. Alhamdulillah, Allah makbulkan jua. 

Sekejap-sekejap saya terlelap sebab perjalanan agak jauh. Bila tersedar tu, dalam hati tak percaya, betul ke aku dah sampai Korea ni? Kiri kanan jalan penuh bahasa Hangul saja (Korea). Sungguh, macam tak percaya. Maafkan kejakunan saya ni ya. Hahaha


bercuti di korea


Selepas dua jam, bas pun berhenti di tepi jalan. Dan kami nampak signboard di bus stop, Wangsimni. Maka kami pun turunlah. Dekat bus stop ni, adik dan abah saya gigih cari hostel yang kami dah book. Sebenarnya walaupun dah tahu hostel ni ada di sekitar kawasan Wangsimni, kami tak ada idea kat mana lokasi hostel ni betul-betul berada. Maklumat yang kami ada hanya nombor telefon dan gambar.

Sebagai orang asing agak susah nak cari. Kami siap minta tolong penduduk tempatan yang ada dekat-dekat dengan kami ni untuk minta tolong carikan melalui internet dia. Malangnya, dia pun tak tahu. Lepastu, kami belasah je jalan dan cari. Nampak jugak gaya orang sesat tu. Terdongak-dongak, tertunduk-tunduk, terteleng-teleng. Haha.

Lebih kurang sejam tercari-cari tak jumpa, tanya kedai, tanya orang lalu lalang.. semua takde idea kat mana hostel tu terletak. Tapikan orang tempatan sini baik-baik. Diorang cuba sedaya upaya tolong kami carikan walaupun tersesatdengan dia-dia sekali. 

Bila masuk malam, suhu semakin drop. Makin sejuk. Dah tak larat tunggu lama-lama. 


Akhirnya pertolongan Allah pun tiba. Abah masuk kedai dan tanya orang kedai. Tak tahulah teknologi apa orang Korea tu guna, dia godek-godek telefon dia terus ajak kami ikut dia sambil rujuk telefon dia. Seolah-olah macam GPS la kan.  Rupanya, di seberang jalan tempat kami tunggu tu hostel tu terletak! Dekat saja. 

Lintas jalan, turun tangga sikit dan jalan dalam 500 meter, dah jumpa. Inilah hostel yang kami cari dari tadi, 2C House Hotel. Saya ada buat entry tentang hostel ini di sini- 2C House Hotel Wangsimni



 Saya syak, ade apps dalam telefon dia yang boleh kesan satu-satu tempat dengan memasukkan nombor telefon alamat yang kita nak cari.  Canggih kan diorang ni.



Masa tu dah malam. Chek in bilik, lepastu terus makan malam. Kami makan roti dengan kari Brahim yang dibawa dari Malaysia. Lapar sangat. Mungkin sebab sejuk dan penat tu yang lapar tak hengat. Lepastu tak jalan ke mana-mana dah. Rehat untuk perjalanan keesokan harinya.

===================

Sambungan entry Part 2 : bercuti-di-korea-musim-bunga-day-2.html

cadangan buku panduan ke Korea :I'm a Backpacker Korea


Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
12 September 2016 at 21:51 delete

Salam kenal dari saya dari Ulsan, Korea

Reply
avatar