Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 17 February 2016

Pengalaman Bercuti di Korea Pada Musim Bunga: Day 1




Saya nak cerita pengalaman bercuti di Korea, Day 1 tarikh 11 April 2015


 Bila dah sampai lapangan Terbang Incheon, 
gedebak gedebuk semua (beratur kat kaunter imigresen, tunggu bagasi dll), 
tibalah masanya berangkat ke tempat penginapan pulak. 

Keluar je dari airport, angin dingin sepoi-sepoi menyapa. 
Tapi tak sesejuk masa pergi Beijing bulan 12.

Itu memang winter. 

Dan waktu ni di Korea, musim spring, haruslah tak sesejuk winter kan?

Ke Wangsimni dengan menaiki bas

Kami naik bas airport limosine. 

Destinasi kami Wangsimni. 

Perjalanan ambik masa dua jam jugak kalau tak silap saya.

Saya siap tertidur-tidur dalam bas. 

Ingatkan dekat je Wangsimni tu. Jauh jugak ya.

Incheon dan Seoul dua bandar yang berbeza. 
Kami dari Incheon nak bergerak ke Seoul. 

Seoul ibu negara bagi Korea Selatan. 

Driver bas memang pakai smart.
Kemeja putih, seluar slack hitam dan tali leher siap.
Takkan jumpa kat Malaysia, hahah. 

Bila nak masuk highway, 
driver bas bangun dan datang kat saya dan pesan suruh pakai tali pinggang keledar.


bercuti di Korea
bas yang selesa


Pemandangan di kiri kanan jalan sangat cantik.

Dah mula nampak bunga-bunga berkembang mekar terutamanya cherry blossom.
 Inilah yang saya tunggu-tunggu.

 Dah lama nak tengok secara live cherry blossom.
 Alhamdulillah, Allah makbulkan jua. 

Sekejap-sekejap saya terlelap sebab perjalanan agak jauh.

Bila tersedar tu, dalam hati tak percaya, betul ke aku dah sampai Korea ni?
 Kiri kanan jalan penuh bahasa Hangul saja (Korea).

Sungguh, macam tak percaya. Maafkan kejakunan saya ni ya. Hahaha


bercuti di korea


Tersesat

Selepas dua jam, bas pun berhenti di tepi jalan.

Dan kami nampak signboard di bus stop, Wangsimni.
Maka kami pun turunlah.

Dekat bus stop ni, adik dan abah saya gigih cari hostel yang kami dah book.

Sebenarnya walaupun dah tahu hostel ni ada di sekitar kawasan Wangsimni,
kami tak ada idea kat mana lokasi hostel ni betul-betul berada.

 Maklumat yang kami ada hanya nombor telefon dan gambar.

Sebagai orang asing agak susah nak cari.

Kami siap minta tolong penduduk tempatan yang ada dekat-dekat dengan kami ni untuk minta tolong carikan melalui internet dia.

Malangnya, dia pun tak tahu. Lepastu, kami belasah je jalan dan cari.

Nampak jugak gaya orang sesat tu.

Terdongak-dongak, tertunduk-tunduk, terteleng-teleng. Haha.

Lepastu kami tanya sorang lagi lelaki Korea.

Nampak dari gaya dia macam baru balik kerja sebab bawa briefcase dan pakai kemeja.
Tanya dia, dia pun tak tahu.

Tapi yang terharunya dia sudi nak carikan guest house tu.

Punyalah jalan jauh tapi still tak jumpa.
Last-last lelaki Korea tu cakap dia boleh tolong sampai setakat itu saja sebab dah jalan jauh dan dia pun tak pasti sebenarnya kat mana.

Cuma dia kata guest house tu memang ada di area situ.

Jadi kami kena teruskan pencarianlah. 
Apapun kami berterima kasih banyak-banyak pada dia 
sebab sudi tolong dan berwajah manis pada kami 
walaupun mungkin dia terpaksa jalan jauh dan melencong dari destinasi asal dia.

Hari dah semakin gelap.

Lebih kurang sejam tercari-cari tak jumpa, tanya kedai, tanya orang lalu lalang.

Semua takde idea kat mana hostel tu terletak.

Tapikan orang tempatan sini baik-baik.
Diorang cuba sedaya upaya tolong kami carikan walaupun tersesat dengan dia-dia sekali. 

Bila masuk malam, suhu semakin drop. Makin sejuk. Dah tak larat tunggu lama-lama. 

Pertolongan tiba

Akhirnya pertolongan Allah pun tiba.


 Abah masuk satu kedai. Keluar sorang lelaki yang sedang menatap telefon yang dia pegang.



 Tak tahulah teknologi apa orang Korea tu guna,

 dia godek-godek telefon dia terus ajak kami ikut dia sambil rujuk telefon dia. 


Seolah-olah macam GPS la kan. 



 Rupanya, di seberang jalan tempat kami tunggu tu hostel tu terletak! 



Dekat saja. 



Lintas jalan, turun tangga sikit dan jalan dalam 500 meter, dah jumpa. 


Inilah hostel yang kami cari dari tadi, 2C House Hotel.



 Saya ada buat entry tentang hostel ini di sini- 2C House Hotel Wangsimni



Rupa-rupanya, ade apps dalam telefon dia
yang boleh kesan satu-satu tempat dengan memasukkan nombor telefon alamat yang kita nak cari. 



Masa tu dah malam.


Chek in bilik, lepastu terus makan malam.



Kami makan roti dengan kari Brahim yang dibawa dari Malaysia.



Lapar sangat. 



Mungkin sebab sejuk dan penat tu yang lapar tak hengat.

Lepastu tak jalan ke mana-mana dah. 


Rehat untuk perjalanan keesokan harinya.





                                                                  ==================

Anda merancang untuk bercuti di Korea?

Saya ada cadangan cara yang boleh bantu anda travel sendiri ke Korea Selatan dengan lebih mudah dan jimat.

Ia merupakan kad panduan yang berkonsepkan seperti bussiness cards yang mempunyai informasi tempat-tempat menarik di Seoul , Busan dan Jeju.

Contoh kalau anda nak ke Cheonggye Plaza dengan menaiki subway (rujuk gambarajah di bawah), di dalam kad ada tertulis Subway Line 5 yang anda perlu naik dan berhenti di stesyen Gwanghamun exit 5.





Stesyen subway ada banyak exit. Kalau tak hati-hati, kita boleh tersesat.

Jadi kena ada maklumat yang mencukupi sebelum travel ke Seoul.
Memang memudahkan anda, sebab tak payah rujuk di map besar di stesyen subway!

Hanya rujuk kad yang ada di tangan anda saja.


Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut: 


Naracards Seoul Set



1 comment: