Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 5 November 2018

Panduan melancong ke Korea secara sendiri (tanpa tour guide) dengan mudah menggunakan Naracards

Kad panduan melancong ke Korea secara sendiri (tanpa tour guide) dengan mudah.

Kad panduan? Apa itu kad panduan?

Ok, mari saya nak cerita tentang kad panduan bercuti ke Korea  iaitu Naracards Korea Travel Guide.



panduan melancong ke korea secara sendiri
Ia berkonsepkan bussiness cards sebagai bantuan melancong secara sendiri ke Korea Selatan.

Ia mempunyai pelbagai informasi tempat-tempat menarik, nombor telefon destinasi tarikan pelancong, dan panduan mudah sekiranya nak pelancong nak  ke destinasi menarik dengan menaiki teksi, atau dengan subway (boleh lihat grafik di bawah, cara penggunaan).




panduan melancong ke korea secara sendiri



Tahun 2015 kami sekeluarga ke Seoul, Korea Selatan. Kad panduan ini belum wujud lagi.

Kalau dah ada waktu itu, pasti saya akan beli juga.

Bila saya baca tentang kad ini, saya faham yang konsepnya adalah
membantu pelancong supaya mudah mencari destinasi yang dituju.

Tidak perlu lagi tercari-cari maklumat semasa berada di sana.

Jangan jadi seperti kami semasa awal-awal tiba di Seoul.

Walaupun kami dah buat persiapan sebelum bertolak,
tapi maklumlah, ia kali pertama, jadi kami tak berapa mahir.

Saya pernah cerita di entry Bercuti di Korea Musim Bunga day 2,
macam mana susahnya kami nak cari maklumat di sugnboard
dan map yang disediakan di subway.

Kami tak sure nak naik subway line nombor berapa.

Nak tanya orang tempatan, kami tak pandai berbahasa Hangul,
orang tempatan pula tak mahir berbahasa Inggeris.

Jadi, dengan Naracards ini saya yakin sedikit sebanyak
dapat membantu pelancong yang nak datang ke Seoul Korea Selatan secara sendiri,
lebih-lebih lagi yang pertama kali ke Korea.


Bagaimana Naracards boleh membantu?

1. Membantu menyelesaikan masalah komunikasi.

Di atas kad ada tulisan hangul (Korea) yang boleh anda gunakan untuk minta bantuan kepada orang tenpatan

2. Naracards membantu anda merancang masa dan destinasi dengan efisien

3. Mengelakkan gangguan teknikal ketika melancong

4. Senarai lokasi pelancongan telah disediakan

5. Kecil, ringan dan mudah di bawa

6. Menambah keyakinan diri walaupun bersendirian di tempat asing

7. Mempamerkan informasi penting saja, maka tidak memeningkan kepala anda.


Cara menggunakan Naracards

Terdapat 3 cara pengangkutan


1. Teksi


Terdapat bahasa Korea pada kad.

Anda hanya perlu tunjukkan pada pemandu teksi.
Anda juga boleh memberikan nombor telefon yang tertera pada kad kepada pemandu teksi.


2. Subway

Jika anda menggunakan subway, rujuk maklumat seperti LINE nombor berapa dan EXIT nombor berapa untuk ke destinasi yang anda tuju

3. Memandu sendiri atau kereta sewa

Scan QR Code yang disediakan, ia akan menyambungkan anda dengan google maps.
Atau memasukkan nombor telefon yang tertera pada kad ke GPS.



Contoh penggunaan


(Anda boleh rujuk gambarajah di bawah)

Katakan anda mahu ke Namsan-gol Hanok Village dengan menggunakan subway.

Caranya ialah, anda naik subway line 3 atau line 4 dan berhenti di Stesyen Chungmuro.
Kemudian, terus ikut laluan exit 4









 Antara testimoni mereka yang telah menggunakan Naracards







panduan melancong ke korea secara sendiri


Harga


Harga Naracards Seoul hanya RM40 saja.


Selain panduan ke Seoul , terdapat juga panduan ke Pulau Jeju dan Busan.

Untuk maklumat lanjut tentang Naracards, anda boleh ke link di bawah,

>>>Naracards Seoul Travel Guide<<<





No comments:

Post a Comment