Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 18 October 2018

Keunikan tandas di Jepun

Keunikan tandas di Jepun.

Satu perkara yang saya perhatikan semasa berada di Osaka tempohari ialah
kehebatan mereka dalam mencipta sesuatu  boleh menyelesaikan masalah yang selalu dihadapi manusia.

Saya bagi contoh paling mudah, tandas.

Tandas mereka tandas yang kering.

Kerana prinsip mereka tandas yang kering melambangkan kebersihan.

Oleh kerana mereka nak jaga kebersihan (tak nak lantai basah-basah),
dalam masa yang sama mereka nak gunakan air,
jadi mereka cipta bidet di bahagian mangkuk tandas.

Bidetnya pula bukan bidet biasa tetapi dilengkapi washlet.

Ada bidet, ada pancutan air jenis spray,
dan ada juga button muzik untuk cover sebarang bunyi
yang malu didengar semasa membuang air.

Bahagian tempat duduk akan rasa sedikit bahang untuk keselesaan pengguna.
jadi tidaklah kulit pengguna terkejut dengan tempat duduk yang sejuk.



washlet. sumber: https://arstechnica.com/gaming/2017/01/japanese-toilet-washlet-symbols/




Mereka juga menyediakan tempat duduk bayi dalam setiap toilet mereka.

Senang para ibu nak buang air.

Saya juga pernah menjumpai tandas khas ayah dan bayi.

Untuk  keperluan ayah menukarkan lampin anak.

Eloklah kan, takkan emak je yang kena tukarkan lampin anak.

Jepun memang tak asing dengan cerita-cerita
tentang tahap kebersihan mereka yang mengagumkan.

Dari sekecil-kecil tempat seperti tandas hingga ke jalan raya.

Bersih belaka.

Boleh dikatakan tandas di Jepun semuanya dilengkapi bidet.

Pendek kata tak susah nak bersuci bila berada di Jepun.

Ada juga tandas yang tidak mempunyai bidet, malah tiada paip air


Oleh sebab itu elok juga kiranya kita travel dengan membawa bekas spray
yang boleh diisi air untuk tujuan bersuci.

Tandas di Jepun yang dilengkapi bidet memang unik.

Ia bukan sekadar bidet biasa
tetapi dicipta untuk menyelesaikan masalah yang sering dihadapi pengguna.

Bahagian tempat duduknya automatik akan rasa sedikit bahang,
untuk tujuan keselesaan pengguna.

Jadi taklah kulit terkejut bila tempat duduk sejuk.

Washlet ada beberapa jenis. Ada yang simple, ada yang complicated

Jadi sekiranya anda mahu datang ke Jepun, bolehlah cari serba sedikit maklumat
supaya bila sampai di sana nanti dapat gambaran
cara penggunaan tandas di Jepun.

============




Dapatkan buku Road to Japan oleh Jack S Adli di sini  >>>Road to Japan Jack S Adli<<<

No comments:

Post a Comment