Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 8 November 2018

11 tempat menarik di Osaka Jepun dan boleh dikunjungi dengan subway

Di Osaka, terlalu banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Untuk kali ini saya hanya nak cerita lokasi-lokasi menarik yang boleh dilawati di Osaka dan boleh dikunjungi dengan subway. Rata-rata pelancong yang datang ke Osaka selesa menggunakan subway untuk destinasi menarik yang ada di sekitar Osaka.

1. Umeda Sky Building

sumber: www.japanhoppers.com


Menara berkembar  setinggi 173 meter. Pengunjung boleh melihat bandar Osaka dengan pemandangan 360 darjah di  bahagian rooftop bangunan.

Waktu operasi

9.30 a.m- 10.30 p.m
(kemasukan terakhir 30 minit sebelum tutup)

Cara ke Umeda Sky Building dengan subway

9 minit berjalan kaki dari Umeda Station melalui Subway Midusuji Line

atau Higashi Umeda Station melalui subway Tanimachi Line

atau Nishi- Umeda Station melalui subway Yotsubashi Line




2. Osaka Museum Housing and Living


tempat menarik di Osaka


Pengunjung boleh melihat replika bandar  Osaka semasa zaman Edo  dalam rupabentuk dan saiz yang sebenar.

Waktu operasi

Dibuka: Isnin- Ahad jam 10 a.m- 5.00 p.m

Tutup: setiap hari Selasa

Harga tiket masuk:

Dewasa 600 yen

Pelajar sekolah menengah dan universiti: 300 yen

Pelajar sekolah rendah, warga emas 65 tahun ke atas : percuma

Cara ke Osaka Museum of House and Living dengan subway

Naik Tanimachi Lines atau Sakaisuji Lines, berhenti di Tenjinbashisuji 6- chome Station


3. Tennoji Zoo

Zoo ini terletak dalam Tennoji Park. Dibina pada tahun 1915.  Menjadi penempatan kepada 1000 ekor haiwan yang terdiri dari pelbagai spesies. Keluasannya ialah 11 hektar.

Menerima kunjungan 1.5 juta pelancong setiap tahun.

Waktu operasi: 

Hari bekerja
 9.30 am- 5pm (last admission 4 pm)

Hujung minggu dan cuti umum
9.30- 6 pm (last admission 5 pm)

Tiket masuk

500 yen untuk umur 16 tahun dan ke atas

Masuk percuma: bawah 16 tahun, warga emas 65 tahun ke atas dan orang kurang upaya (untuk mereka yang menetap di Osaka)

Cara ke Tennoji Zoo dengan subway

5 minit berjalan kaki Dobotsuen-mae Station melalui subway Sakaisuji Lines dan Midosuji Lines

atau 5 minit berjalan kaki dari Ebisucho Station melalui subway Sakaisuji Lines

atau 10 minit berjalan kaki dari Tennoji Station melalui subway Midosuji Lines atau Tanimachi Lines (pilih salah satu)




4. Shinsaibashi

Mereka yang suka shopping dan window shopping mesti masukkan Shinsaibashi  dalam intinerary.

Di sini ada macam-macam barangan yang dijual sama ada barang branded atau tidak. Kami pernah beli biskut coklat kapal yang famous dalam kalangan pelancong Malaysia dengan harga yang sangat rendah (tak sampai 100 yen).

Shinsaibashi antara kawasan yang happening pada malam hari. Kalau tahan menghadap crowd manusia yang sangat ramai, anda boleh ke sini. Jangan terkejut pula nanti :)

Cara ke Shinsaibashi dengan subway

1 minit berjalan kaki dari Shinsaibashi Station melalui Midosuji Lines atau Nagahori Tsurumi- Ryokuchi Lines (pilih salah satu).



5. Dotonbori




Salah satu kawasan yang happening di Osaka. Di sini pelancong boleh berjalan-jalan melihat suasana malam yang meriah, bergambar di hadapan Glico-Man yang menjadi mercu tanda Osaka, dan menaiki river cruise.

Cara ke Dotonbori dengan menggunakan subway

Naik subway Midosuji Lines, atau Sennichimae Lines atau Yotsubashi Lines dan berhenti di Namba Station.



6. Pasar Kuromon Ichiba




Pasar Kuromon ialah pasar yang menjual pelbagai barangan termasuk hidupan laut, pakaian, makanan laut siap masak,buah-buahan dan pelbagai lagi.

Fungsinya sama seperti pasar basah yang terdapat di Malaysia, cuma yang uniknya pasar ini ialah ia tidak basah, tidak berbau dan tidak kotor walaupun menjual pelbagai barangan basah seperti makanan laut.

Anda yang datang ke Osaka dan mahu mencari ikan atau makanan laut untuk aktiviti masak memasak di guest house, boleh datang ke Pasar Kuromon.

Cara ke Pasar Kuromon  Ichiba menggunakan subway

Naik subway Sennichimae Line dan berhenti di Nippombashi Station.




7. Kaiyukan Aquarium


sumber: www.kaiyukan.com

Kaiyukan Aquarium merupakan salah satu aquarium terbesar di dunia.  Ia menempatkan pelbagai haiwan akuatik dari Lautan Pasifik. Pengunjung akan dapat melihat haiwan yang jarang dilihat seperti paus pembunuh, singa laut, memerang dan pelbagai spesies lagi.

Di sini terdapat tangki akuarium yang besar-besar, termasuk satu tangki akuarium yang berukuran setinggi 30 kaki (9 meter) dan menampung 5400 meter padu air.

Waktu operasi: 

Dibuka setiap hari 10 am-8 pm

Harga tiket:

16 tahun ke atas: 2300 yen
60 tahun ke atas: 2000 yen
7-15 tahun: 1200 yen
4-6 tahun: 600 yen
bawah umur 3 tahun: percuma


Cara ke Osaka Kaiyukan Aquarium dengan subway

Naik subway Chuo Line, berhenti di Osakako Station dan berjalan kaki 10 minit hingga sampai ke Osaka Bay. 



8. Tempozan Ferris Wheel





Salah satu Ferris Wheel terbesar di Jepun. Terletak di Osaka Bay, bersebelahan Kaiyukan Aquarium. Pengunjung dapat melihat panorama indah bandar Osaka dan sekitar Osaka Bay. Ketinggian Ferris Wheel ini ialah 112.5 meter dan lebar 100 meter. Memang cukup besar dan tinggi.

Bila angin kuat, operasi dihentikan seketika sehingga angin reda


Waktu operasi

Setiap hari 10 am-10.00 pm
Last admission: 9.30 pm

Harga tiket

800 yen untuk umur 3 tahun dan ke atas

Cara ke Tempozan Ferris Wheel dengan subway:

Naik subway Chuo Line, berhenti di Osakako Station dan berjalan kaki 10 minit hingga sampai ke Osaka Bay


  9. Santa Maria Cruise





Santa Maria Cruise juga terletak di Osaka Bay, bersebelahan Aquarium Kaiyukan dan Tempozan Ferris Wheel.

Cruise ini akan berlayar di sekitar Osaka Bay.

Ada dua jenis cruise. Day Cruise dan Twilight Cruise.  Day cruise akan berlayar pada siang hari. Manakala Twilight Cruise akan berlayar pada waktu matahari terbenam. Pemandangan di sekitar Pelabuhan Osaka sangat indah pada waktu matahari terbenam.


Waktu operasi

11 am-5 pm


Harga Tiket

Day Cruise

Dewasa: 1600 yen

Kanak-kanak: 800 yen

Twilight Cruise 

Dewasa: 2100 yen

kanak-kanak: 1050 yen


Cara untuk ke Santa Maria Cruise dengan subway

Naik subway Chuo Line, berhenti di Osakako Station dan berjalan kaki 10 minit hingga sampai ke Osaka Bay



10. Osaka Museum of History




Muzium ini mempamerkan tentang sejarah Osaka bermula sejak Osaka menjadi ibu negara pertama Jepun semasa zaman silam  dari pembinaan Istana Naniwa hinggalah Osaka pada zaman moden yang kita lihat pada masa sekarang.

Waktu operasi

Isnin- Jumaat

9.30 am- 5 pm
Last admission 30 minit sebelum tutup

Tutup: setiap hari selasa

Harga tiket masuk

Dewasa: 600 yen seorang

Pelajar sekolah menengah dan universiti: 400 yen

Percuma untuk pelajar sekolah rendah dan ke bawah, warna emas yang duduk di Osaka umur 60 tahun ke atas

Cara ke Osaka Museum of History dengan subway

Naik subway Tanimachi Line atau Chuo Line,  berhenti di Tanimachi 4-Chome Station, keluar exit 9




11. Osaka Castle


sumber:www.japanhoppers.com


Istana bersejarah ini dibina pada tahun 1853, di atas tapak Ishiyama Honganji Temple yang dimusnahkan oleh Oda Nobunaga 13 tahun sebelumnya. Oda Nobunaga ialah pemerintah akhir abad ke 16. Beliau hidup dari zaman Sengoku hingga Azuchi Momoyama.

Keseluruhan Osaka Castle ialah 2 kilometer persegi Castle ini menjadi tumpuan masyarakat tempatan untuk semasa musim bunga untuk berhanami di bawah pokok sakura.

Waktu operasi 

9 am- 5 pm (last admission jam 4 pm)
dibuka hingga jam 9 pm semasa musim cherry blossom
Tutup: setiap Isnin

Tiket masuk

200 yen (350 yen jika masuk  semasa extended hours musim cherry blossom)

Cara ke Osaka Castle dengan menaiki subway:

Naik Tanimachi Line atau Chuo Line, berhenti di Tanimachi 4-Chome Station



============================




Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<


No comments:

Post a Comment