Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 14 September 2018

Pokok Tecoma mula berbunga




Sejak beberapa hari ni saya perasan pokok-pokok Tecoma mula mengeluarkan bunga. Dari jauh nampak sungguh cantik.

Meriah, macam musim bunga di luar negara pulak. Pokok ini nama botaninya ialah Tabebuia dan ada banyak spesies dan mempunyai pelbagai warna lagi. Berdasarkan  pembacaan saya akan berbunga semasa musim panas.  Kebetulan pula waktu dia keluar tu sama dengan permulaan musim bunga di hemisfera selatan.




Kalau di luar negara terkenal dengan musim pokok sakura berbunga, di Malaysia pula, meriah dengan musim pokok Tecoma berbunga.

Tempoh pokok Tecoma berbunga tak lama. Sekitar dua minggu sahaja. Bila hujan atau angin kuat, bunga-bunga akan gugur sendiri.




Pokok ini berasal dari Amerika Selatan. Tahniah kepada pihak perbandaran dan pemaju yang menanam pokok ini di kawasan bandar dan perumahan penduduk. Barulah berseri-seri pemandangan!


No comments:

Post a Comment