Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 18 September 2018

Pengalaman menginap di D'Wharf Hotel and Serviced Residence Port Dickson

Pengalaman menginap di D'Wharf Hotel and Serviced Residence Port Dickson.

Cuti Hari Malaysia baru-baru ini,

Saya dan keluarga menginap di Hotel D'Wharf Serviced and Residence
yang terletak di PD Waterfront, Port Dickson.






Jujurnya saya memang dah lama nak menginap di hotel ini
kerana tertarik dengan konsep yang mereka ketengahkan.

Alhamdulillah, akhirnya terlaksana jua. Saya tempah bilik Superior King.

Ok jom tengok gambar pilik pula.






pemandangan dari bilik kami




Hotel ini ada banyak jenis bilik.

Ada jenis studio, suite dan family room.

Oleh kerana kami bertiga saja, saya pilih bilik Superior King.






Antara kelengkapan yang ada,

televisyen skrin rata, peti ais, almari,

meja solek, air mineral, kettle, kopi dan teh.

Bilik airnya bersih dan lengkap dengan shower gel, shampoo dan berus gigi.

Untuk sesiapa yang nak bawa anak mandi kolam renang,

 di hotel ni ada disediakan 3 kolam renang.

Satu untuk dewasa dan dua untuk kanak-kanak.

Kami tak mandi pun di kolam renang.

Dari pemerhatian saya, 1 kolam renang kanak-kanak separas lutut
dan satu lagi separas pinggang kanak-kanak umur 7 tahun.

Jadi pada pandangan saya kolam renang yang terdapat di sini
sesuai dan selamat untuk kanak-kanak,
tetapi ibubapa tetap perlu berhati-hati dan pantau anak masing-masing.


kolam renang


Hotel ini lokasinya sangat strategik.

Boleh nampak laut dengan jelas,
dan bedekatan dengan pelbagai restoran, bank, kedai, dan shopping mall.

Pada pandangan saya, hotel ini sangat sesuai untuk percutian keluarga
kerana ada beberapa jenis bilik
yang boleh memuatkan ahli keluarga yang ramai seperti suite keluarga dan dupleks.
Untuk booking klik sini D'wharf Port Dickson

No comments:

Post a Comment