Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 13 September 2018

Mengunjungi Mamee Gallery di Jonker Walk Melaka

Semasa kami di Jonekr Walk, di trip jalan-jalan Melaka, kami sempat singgah Mamee Gallery yang terdapat di sana. Saya baru tahu kewujudan Mamee Gallery ini bila baca di blog-blog travel.





Mamee Gallery merupakan sebuah showhouse atau gallery produk-produk yang dihasilkan dengan jenama Mamee. Di sini anda boleh melihat dan membeli pelbagai produk dengan jenama Mamee.





Di sini juga terdapat cafe yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Yang menariknya, mereka menghasilkan menu yang menggunakan mamee sebagai bahan asas.








Oleh kerana kami dah kenyang, kami hanya order cendol dan abc saja. Unik cendol dan abac mereka. Selalunya cendol kita minum dalama keadaan cair. Banyak air berbanding ais. Tetapi cendol di Mamee Gallery ini 100% adalah ais.





Jika anda mencari tempat-tempat menarik di Melaka, anda boleh datang ke Mamee Gallery. Bolehlah beli produk Mamee sebagai buah tangan untuk saudara mara.

No comments:

Post a Comment