Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 9 September 2018

Keindahan dan keunikan Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar

Selepas makan tengahari di medan selera Tanjung Emas,  kami singgah Masjid Sultan Ibrahim untuk menunaikan solat jamak takdim.  Masjid ini terletak di tepi sungai. Saya pernah cerita di entry sebelum ini secara umum tentang sejarah Masjid Sultan Ibrahim. Pembinaan masjid ini kelihatan menerapkan elemen-elemen pelbagai budaya  seperti senibina Islam dan British. Masjid ini adalah masjid yang penuh dengan nilai warisan dan sejarah di mana ia wujud sejak tahun 1892. Kemudian masjid yang lebih besar dibina untuk menampung ahli jamaah  yang semakin ramai pada tahun 1900. 





keunikan dan keindahan masjid jamek sultan ibrahim muar


Sebelum ni masjid warna putih dan hitam, tapi kemudian pihak pengurusan mengecat dengan warna biru dan putih.



Pintu masjid ada elemen senibina Islam. 



Berada di masjid ini membuatkan hati dan jiwa berasa damai. Tambahan lagi kedudukannya yang terletak di tepi sungai. Tenang dan syahdu.

keunikan dan keindahan masjid jamek sultan ibrahim muar
Kolah masjid



Bahagian dalaman ruangan masjid pula kita boleh tengok lampu-lampunya yang bercirikan budaya British.  Tiang-tiang yang terdapat di sini juga jelas menonjolkan elemen senibina Islam. 









No comments:

Post a Comment