Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 30 September 2018

Pantai Morib Baru, kawasan pantai berpasir di Morib, Kuala Langat

Pantai Morib Baru, kawasan pantai berpasir di Morib, Kuala Langat

Di entry yang sebelum ini, saya ada cerita yang Pantai Morib,

pantainya tidak sesuai mandi manda

kerana antara daratan dan lautan ada tembok yang menghalang.

Lagipun tiada kawasan berpasir yang kelihatan ketika air pasang.


Tapi jangan risau.

Kalau pengunjung nak bawa keluarga mandi manda juga,  di Morib,

ada kawasan pantai yang boleh buat mandi manda iaitu di Pantai Morib Baru.



Ok untuk pengetahuan pembaca,

di sini ada  Morib Lama dan Morib Baru.

 Di google maps juga ada tercatat kawasan "Morib Baharu".



pantai morib baru



Saya terjumpa pantai ini  secara kebetulan

semasa sedang meronda-ronda tengok kawasan sekitar Morib

dan mencari tempat untuk sarapan pagi.


Ia agak tersorok.

Dari Hotel Impian Morib, belok kiri,

jalan terus sampai hujung, nanti anda jumpa selekoh ke kanan.

Jalan terus lebih kurang 200 meter , ada simpang kiri.

Masuk simpang tu dan jalan terus.

Anda akan jumpa kawasan pantai yang berpasir.

Saya ada bersembang-sembang dengan seorang pengunjung.

Dia cakap ini pantai Morib juga.

 Petang-petang ramai juga yang datang sini, mandi -mandi kat pantai ini.

pantai morib baru



pantai morib baru


Walaubagaimanapun pantai ini

tidaklah sebersih seperti pantai Port Dickson.

Dengar cerita kawasan Morib ini pantainya

memang berlumpur dan berkeladak.

Kalau tak mandi sekalipun, pengunjung boleh ambil angin petang,

berkelah, main layang-layang dan menikmati pemandangan matahari terbenam. 





No comments:

Post a Comment