Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 2 October 2018

Berpagi-pagi di Pantai Kelanang Banting

Berpagi-pagi di Pantai Kelanang Banting.
Selain Pantai Morib, ada satu lagi pantai yang terletak di Banting
iaitu Pantai Kelanang.

Pantai Kelanang terletak kira-kira 7 kilometer dari Pantai Morib.

Kami menggunakan jalan tepi hutan sungai paya bakau dan ladang untuk ke sini.

Cara untuk ke Pantai Kelanang ialah, dari Pantai Morib,
jalan terus sampai hujung,

belok selekoh kanan kemudian lebih kurang 100 meter akan jumpa simpang.

Masuk simpang tersebut. Anda akan jumpa Pantai Morib Baru.

Kemudian jalan terus. Agak jauh ke dalam juga.

Nanti anda akan jumpa dataran dengan landmark tertulis Pantai Kelanang.



Pantai Kelanang Banting

Pantai Kelanang Banting
terdapat banyak pokok kasuarina


Di Pantai Kelanang ada playground, bangunan kedai, parking lot, kerusi batu dan pondok wakaf. Semasa kami sampai, suasana sangat sunyi. Barangkali waktu itu pengunjung tidak ramai kerana baru awal pagi. Dengar cerita ramai juga pengunjung yang datang ke Pantai Kelanang pada waktu petang untuk bersantai dan mandi-manda.


Pantai Kelanang Banting

Pantai Kelanang Banting





Terdapat banyak pokok kasuarina di sini. Tak jauh dari sini ada kawasan hutan paya bakau juga.

Seingat saya, saya dan rakan-rakan pernah sampai Pantai Kelanang Sangat berbeza suasana dulu dan asekarang. Dulu tiada lansung pembangunan di sini. Mungkin pada waktu itu Pantai Kelanang popular dalam kalangan penduduk stempat. Kemudian pihak kerajaan negeri menaiktaraf pantai ini dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai dengan status 'pantai awam'.


No comments:

Post a Comment