Pengalaman menginap di Hotel Impian Morib (kini sudah rebranding ke Villea Morib)
Alhamdulillah direzekikan menginap di hotel ini yang setiap kali cuti panjang,
cuti hujung minggu dan cuti sekolah mesti penuh.
Kadang-kadang hari bekerja pun penuh kerana dikatakan Hotel Impian Morib
menjadi pilihan untuk agensi kerajaan mengadakan kursus dan seminar untuk kakitangan mereka.
Sebenarnya saya berpeluang menginap di sini atas ajakan abah yang ada kursus. Maka saya, mak saya, anak saya dan adik perempuan sama-sama menginap di hotel ini. Kami berkongsi satu bilik yang sama.
Tak sempit ke?
Guess what...
alhamdulillah muat untuk kami berlima.
Untuk pengetahuan pembaca, setiap bilik dilengkapi satu katil queen dan satu katil single.
Rancangan asal, saya nak tempah satu bilik lain untuk saya, anak saya dan adik perempuan saya.
Kemudian baru saya perasan semua bilik ada satu katil queen dan satu katil single.
Kemudian fikir punya fikir tak jadilah tempah bilik lain.
Untuk saya dan anak saya, kami bawa toto dan bantal dari rumah. Pada pandangan saya untuk betul-betul selesa, setiap bilik boleh dihuni oleh maksimum 3 orang.
Petang tu sebelum cari makan di Pantai Morib,
kami pusing-pusing sekitar hotel nak tengok apa yang menarik.
Di bahagian belakang hotel, tak jauh dari pantai, ada kawasan chalet.
Nampak cantik, suasana yang tenang dan selesa.
Sewaktu kami di sana , tiada orang yang menginap di kawasan chalet kerana hari tersebut merupakan hari bekerja tetapi semasa hujung minggu dan cuti panjang, fully booked.
Chalet di barisan belakang boleh nampak laut |
Kami sekeluarga dapat bilik yang mengadap kolam renang.
Bilik kami berada di bangunan dua tingkat. Buka tingkap saja boleh nampak kolam renang.
Kolam renangnya luas. Ada 3 bahagian kolam.
Dalam, sederhana dalam dan cetek untuk kanak-kanak.
Bilik kami berada di bangunan dua tingkat. Buka tingkap saja boleh nampak kolam renang.
Kolam renangnya luas. Ada 3 bahagian kolam.
Dalam, sederhana dalam dan cetek untuk kanak-kanak.
Dalam bilik pula, ada televisyen biasa (bukan LCD) dengan beberapa chanel astro,
meja solek, bangku, almari baju, hanger, payung, seterika, kettle, cawan, teh dan kopi.
Bilik air besar dilengkapi dengan shampoo dan shower gel.
meja solek, bangku, almari baju, hanger, payung, seterika, kettle, cawan, teh dan kopi.
Bilik air besar dilengkapi dengan shampoo dan shower gel.
Dalam bilik selesa tetapi nampak old school sikit.
Apapun pada pandangan saya, hotel ini selesa dan sesuai untuk keluarga.
Untuk anda yang bercadang mencari hotel dengan kolam renang,
inilah hotel yang sesuai.
Hotel Impian Morib juga tak jauh dari tempat-tempat menarik di sekitar Banting
seperti Pantai Morib, Pantai Kelanang, Pulau Carey, Bukit Jugra, Istana Bandar dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment