Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 4 October 2018

2 hotel paling popular di Pantai Morib

Terdapat 2 hotel paling popular di Pantai Morib dan sangat sesuai dijadikan lokasi percutian keluarga.

Hotel Villea Morib

Hotel ini terletak berhampiran Pantai Morib. Khabarnya selalu penuh apabila hujung mingu, cuti panjang dan cuti sekolah. Kedudukannya strategik dan hampir dengan kawasan tarikan pelancong seperti Bukit Jugra, Pantai Morib, Pantai Kelanang, Pulau Carey , Muzium In situ, Istana Bandar dan Masjid Bersejarah Sultan Alaeedin. 









Harganya agak premium untuk setiap bilik kerana kelebihannya ialah mempunyai lebih dari satu katil, sekurang-kurangnya satu katil queen dan satu katil single.  Jadi boleh memuatkan lebih dari dua orang dalam setiap bilik. Sangat sesuai untuk keluarga yang ramai. 

Hotel ini juga mempunyai kolam renang yang besar dan mempunyai 3 jenis kedalaman yang berbeza. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. 

Terdapat 3 jenis bilik iaitu seaview chalet yang terletak bersebelahan pantai, garden chalet, deluxe dan  superior  yang terletak berhampiran kolam renang. 

Alamat: Lot 183 & 184 Jalan Pantai, 
42700 , Banting, Selangor
No tel 03-31982070

Tempahan terus di Tripdotcom di link ini >>> Hotel Impian Morib<<<






Gold Coast Morib

Hotel ini juga selalu laku keras semasa cuti hujung minggu, cuti panjang dan cuti sekolah. Antara sebab hotel ini selalu menjadi tumpuan ialah kerana taman tema air yang menarik yang terdapat di sini. Terdapat pelbagai jenis gelongsor air di sini dan kolam yang sangat besar. Bukan kanak-kanak saja yang teruja, kita yang dewasa pun teruja sama.

Hotel ini juga terletak berhampiran Pantai Morib. Selain berseronok bersama keluarga di taman tema air, pengunjung juga boleh bersiar-siar di Pantai Morib dan lokasi tarikan pelancong yang terdapat di sekitar kawasan Banting. Gold Coast Morib ada private beach juga. Jadi pengunjung boleh bersiar-siar di private beach Gold Coast Morib sambil bersantai di pondok-pondok yang disediakan.

Hotel ini mempunyai penginapan jenis penthouse dan apartment.








Booking terus di sini Gold Coast Morib

Alamat:

PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Mukim Morib
42700 Banting Selangor
No tel 03 38508028

No comments:

Post a Comment