Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 29 September 2018

Jalan-jalan di Pantai Morib

Jalan-jalan di Pantai Morib. 

Lepas check in di Hotel Impian Morib dan solat asar,
kami bersiap-siap untuk cari makan malam.

Saya tanya salah seorang staff yang lalu lalang, kat mana kedai makan terdekat?

Dia cakap kat kawasan pantai ada, tak jauh dari hotel.

Dari hotel belok kiri dan jalan terus.

Jarak lebih kurang 500 meter dari hotel.

Rupanya disanalah terletak Pantai Morib.  

Pantai ini terkenal dalam kalangan penduduk Selangor terutama di Kuala Langat,

malah pengunjung dari luar Selangor juga ramai datang ke sini
untuk bercuti di resort taman tema air iaitu Gold Coast Morib.


jalan jalan pantai morib


jalan jalan pantai morib


jalan jalan pantai morib



jalan jalan pantai morib

Saya amat jarang datang ke Pantai Morib.
Tapi selalu baca di blog-blog travel tentang pantai ini.

Walaupun namanya pantai, antara daratan dan laut dibatasi dengan tembok.

Tiada pasir pantai tetapi nampak terus air laut,

Saya pergi tengok dekat-dekat, agak gayat juga bila tengok lautnya macam dalam.

Patutlah ada banyak amaran diletakkan di sini supaya pengunjung berhati-hati.


jalan jalan pantai morib


Tempat sesuai untuk rekreasi

Agak ramai juga pengunjung datang, bawa anak bersiar-siar di sini.

Pengunjung boleh sewa kereta mainan untuk anak masing-masing.

Bayaran untuk sewa tak pasti pula saya berapa ringgit.

Selain itu bolehlah kalau nak berjogging dan beriadah di sini kerana
di sini ada kawasan lapang yang luas.


jalan jalan pantai morib


jalan jalan pantai morib

jalan-jalan pantai morib

Ada banyak gerai makan

Ada banyak juga gerai makan di sini.

Bagi saya gerai-gerai makan yang ada di sini memudahkan pengunjung yang datang.

Tak perlu susah-susah cari kedai makan jauh-jauh.

Di sini ada gerai ikan bakar juga selain hidangan ala carte.

Esoknya tu kami datang lagi ke kawasan ini untuk sarapan pagi.

Gerai banyak dibuka bermula petang.

Waktu pagi hanya ada satu dua gerai dibuka
yang menyediakan makanan sarapan pagi seperti nasi lemak dan kuih muih.

Di Pantai Morib ini, memang sesuai bersantai bersama keluarga
sambil minum teh tarik sambil menikmati pemandangan matahari terbenam





No comments:

Post a Comment