Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 9 August 2018

Mencuba kopi ice calypso dari KopieSatu

Semalam, semasa dalam perjalanan ke Melaka, saya dan keluarga singgah di RnR Restoran Jejantas Ayer Keroh untuk sarapan pagi.  Terjumpa satu oulet ni nama KopieSatu, ala-ala Starbucks. Ada beberapa kopi yang dijual. Saya pilih ice calypso sebab nampak menarik, mereka guna kiub ais kopi sebagai kiub ais. Selalu kan orang guna ais batu biasa je. Haa sebagai peminat kopi, yang ni yang saya tertarik nak rasa. Harga satu cup dalam RM9++.





Rasanya, boleh tahan sedap. Setanding  kopi di Mc Cafe dan Starbucks. Dari maklumat yang saya temui di internet,  jenama ini menggunakan 100% biji kopi arabica. 

Di outlet Kopiesatu ni ada juga dijual snack macam pau dan dessert. Sempat jugalah saya membeli apple strudle dan custard strudle.

custard strudle

KopieSatu ada mengeluarkan  sendiri serbuk kopi dan  minuman 3 in 1. KopieSatu ni juga jenama yang dikeluarkan oleh syarikat dari Malaysia tau, dah bermula sejak tahun 2003 lagi. Saya pula baru pertama kali dengar dan merasa kopi jenama ini. 

Mereka ada beberapa outlet di sekitar Lembah Klang juga. Untuk peminat kopi , kalau belum cuba, saya cadangkan anda cuba jenama KopieSatu. 

No comments:

Post a Comment