Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 6 August 2018

Jalan-jalan Kuantan dan aktiviti kami semasa bercuti di Kuantan

Sebenarnya percutian di Kuantan tidak dirancang secara teliti. 

Rancangan asal adalah kami nak bercuti di pantai timur, 

tapi seminggu sebelum tarikh 12 Julai 2018, 

kami belum decide lagi nak pergi Terengganu atau Kuantan.



Saya memang dah lama sangat mengidam nak bercuti di Terengganu. 

Fikir punya fikir, dua hari sebelum 12 Julai tu, 

kami decide pergi Kuantan dan Cherating sajalah 

memandangkan Terengganu terlalu jauh. 


Walaupun bandar terdekat dari Cherating tu 

merupakan Chukai yang terletak di Kemaman. 

Saya katakan pada suami, kita pergilah Kuantan je. 

Kalau ada masa kita lajaklah pergi Kemaman.

bercuti di Kuantan
bandar Kuantan


Kuantan merupakan sebuah bandar

yang terletak di tepi persisiran pantai di Pahang.

Kuantan juga merupakan bandar pelabuhan nelayan terbesar di Malaysia.

Apa yang saya boleh katakan,

Kuantan adalah bandar moden

yang masih mempunyai nilai-nilai klasik dan tradisional.

Dalam kesibukan bandar Kuantan,

dalam masa yang sama kita dapat lihat suasana tradisional kehidupan

dan  perkampungan nelayan. Memang unik.

bercuti di Kuantan
masjid dan mercu tanda bandar Kuantan. Masjid Sultan Ahmad Shah


Hari pertama- Jalan-jalan Cherating

Saya dah book bilik di Hotel Sentral Kuantan,

yang betul-betul terletak di bandar Kuantan.

Sampai saja di Kuantan, kami terus check in bilik

tapi kami pergi ke arah Cherating dulu.

Cherating ni utara dari bandar Kuantan.

Fuhh dari Kuantan nak ke Cherating boleh tahan jauh jugak.

Disebabkan jauh, kami tak jadi nak ke Kemaman.

Kami pusing-pusing sekitar Cherating saja.



Cherating merupakan sebuah kawasan peranginan

yang terletak di kawasan perkampungan orang Melayu.

Kita boleh lihat ada banyak chalet dan resort di Cherating.

Pantai Cherating juga cantik, pasir putih

dan airnya kebiru-biruan.

Suasana persekitaran yang damai

dengan pokok-pokok kelapa yang bertaburan

di persisiran pantai menambahkan lagi keindahan lanskapnya.

Patutlah ramai pelancong datang ke Cherating.





Makan-makan di Tanjung Lumpur

Tak sah datang Kuantan kalau tak makan seafood di Tanjung Lumpur.

Restoran yang terkenal di sini ialah Ana Ikan Bakar Petai.

Tapi kami tak makan malam di sini.

Kami makan di restoran lain yang juga terletak di Tanjung Lumpur. 

Ambil angin di Pantai Batu Hitam, Beserah dan menikmati mee calong.

Beserah ialah satu lagi kawasan yang terletak di tepi pantai

dan terkenal sebagai salah satu kawasan perkampungan nelayan di Kuantan.

Kalau datang Beserah, mesti cuba mee calong.

Mee calong sama saja seperti mee sup,

tapi yang membezakannya dengan mee sup ialah ia dimakan bersama keropok lekor.



Lepak-lepak di playground bersebelahan Sungai Kuantan

Percutian kami di Kuantan tidak terlalu padat dengan aktiviti.

Orang cakap bercuti cara free and easy.

Jadi malam hari kedua tu,

kami bawa anak bermain di playground

yang terletak tak jauh dari Hotel Sentral Kuantan.

Playgroudn ni juga terletak bersebelahan Sungai Kuantan.

Jadi sambil-sambil tu kami ambil angin juga di jeti yang ada di tepi Sungai Kuantan

sambil tengok bot nelayan lalu lalang.


bercuti di Kuantan
sungai Kuantan yang menjadi laluan ulang-ulang dari kampung Nelayan ke laut




Tempat yang kami tak pergi di Kuantan

Kuantan banyak tempat menarik antaranya Pantai Teluk Cempedak.

Kami tak pergi ke Pantai Teluk Cempedak.

Kalau tengok dari gambar di internet,

Pantai Teluk Cempedak mempunyai banyak batu-batu besar

yang membuatkan kawasan di sekitarnya kelihatan unik dan indah.



Insha ALLAH ada rezeki dan kesempatan masa

kami akan singgah ke Pantai Teluk Cempedak pula.

No comments:

Post a Comment