Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 23 February 2017

Sila bertenang bila tempah tiket penerbangan secara online

Semalam, buat pertama kalinya saya tempah tiket penerbangan guna website Air Asia. Kalau sebelum ni, adik yang kerja di Air Asia yang bookkan. Destinasi ke Langkawi, depart dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Alhamdulillah dapat tiket murah sebab tempah pada hari bekerja. Pernah baca satu artikel, kalau nak tempat tiket seeloknya tempah pada hari Selasa atau Rabu sebab pada hari tersebut, tiket menjadi murah. Sejauhmana kebenarannya, wallahua'lam. 





Bila nak proceed untuk pembayaran, total 600 lebih. Aikk? Bukan masa awal-awal tadi harga yang tertulis RM300 lebih saja untuk 3 dewasa dan 1 kanak-kanak.  Saya yang tak biasa tempah tiket ni, apa lagi call adik sorang lagi yang biasa dengan tempahan tiket online Dia cakap, cuba cek bahagian check baggage, dan pilih "'no thanks''. 

Bila cek, rupanya memang diorang dah siap-siap tambahkan ''check baggage untuk kita. Kita yang kena buang sendiri kalau taknak. Nasib baik saya tanya adik dulu. Kalau orang yang nak cepat agaknya zap zap zap, siap, menyesal tak sudah! Yelah mana tahu ada kesilapan di mana-mana, kita terpaksa bayar lebih mahal untuk buat sebarang perubahan.

Entry ni saja  saya nak share. Mana tahu ada yang first time nak buat tempahan tiket secara online, sila berhati-hati. Jangan tergopoh gapah. Kalau boleh cari masa yang tenang semasa nak buat tempahan supaya tak melakukan kesilapan. Lebih baik, plan dengan sebaik-sebaiknya sebelum buat tempahan. Nak tambah makanan ke, bagasi, insurans travel dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment